“Doakan benda baik” – Aiman bakal ke Perth jumpa bapa Zahirah minta restu

379

Aiman bakal berjumpa bapa Zahirah untuk meminta restu.

PELAKON Aiman Hakim Ridza bakal bertemu bapa kekasihnya pelakon Zahirah iaitu Zainol MacWilson di Perth, Australia pada awal Ramadan.

Aiman berkata, urusan tersebut juga bagi membincangkan tentang hubungan mereka ke fasa seterusnya. 

“Kami ke sana untuk ‘benda baik’. Insyallah jika bertunang, kahwin ini adalah benda yang bagus, doakanlah benda yang baik,” katanya kepada mStar.

Bapa Zahirah, Zainol memohon maaf kepada Aiman.

Aiman ditemui pada majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 di Bukit Jalil pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Aiman berkata dia juga akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi di negara itu.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Zainol terhadap dirinya, Aiman  menganggap tindakan itu hanya untuk melindungi anak perempuannya.

Jelas Aiman, dia faham Zainol seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan sayangkan Zahirah.

“Sebenarnya kami sudah berjumpa dua tiga kali sebelum ini. Saya memahami mungkin sebagai seorang bapa, beliau menjadi seorang yang sangat ‘protective’.

Hubungan Aiman dan Zahirah bakal ke peringkat seterusnya.

“Kerana dia juga membesarkan Zahirah dengan penuh kasih sayang. Jadi sebagai seorang bapa, dia hanya menjaga anak perempuannya dan saya faham perkara itu.

“Malah, saya amat mengagumi bagaimana cara beliau menjaya Zahirah. Saya harap saya juga dapat menyayangi Zahirah seperti mana beliau menyayangi anak perempuannya,” katanya.

Sebelum ini, Zainol menerusi mStar memento pasangan itu untuk meminta restu daripadanya sebelum membawa hubungan percintaan itu ke fasa seterusnya.

Zainol kemudiannya, meminta maaf atas kenyataannya yang mendakwa belum bertemu dan mengenali rapat pelakon lelaki tersebut.

Sumber: Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here