Ibu restu hubungan Ismail Izani dan Shalma Eliana

904

Buat masa sekarang, Ismail Izzani mahu fokus pada kerjaya nyanyiannya dahulu.

Selain meletakkan sasaran untuk memilik rumah sendiri, penyanyi muda Ismail Izzani juga tidak menolak jika ditakdirkan mendirikan rumah tangga pada usia muda. Kata anak teruna Datin Suliza Salam ini, dia menyasarkan usia 25 tahun untuk berkahwin.

“Usia saya masih muda. Rasanya pada usia 24 atau 25 tahun mungkin waktu sesuai untuk berkahwin. Buat masa sekarang saya mahu fokus pada kerjaya dahulu.

“Bukan senang untuk mendirikan rumah tangga. Sedangkan saya sendiri tidak terurus, jadi biarlah saya perbetulkan diri saya dahulu,”ujar jejaka usia 19 tahun ini.

Mengulas tentang hubungan rapat dengan rakan penyanyi Shalma Eliana, kata Ismail mereka sudah lama berkenalan dan selesa berkawan.

“Saya dan Shalma kenal melalui Instagram sejak zaman sekolah lagi. Dia seorang yang baik dan kami selesa berkawan. Ibu saya juga kenal dia, dan merestui hubungan kami,” jawabnya ringkas.

Ismail ditemui ketika majlis mempromosikan program Ramadan rangkaian Astro baru-baru ini. Dia bersama Zizan Razak  tampil dengan single berjudul Berserah yang dimuatkan dalam album kompilasi berjudul Sempurna Seadanya.

Kolaborasi dengan Zizan untuk album kompilasi khas sempena Ramadan.

Album terbitan Rocketfuel Entertainment itu turut menampilkan penyanyi lain seperti Hael Husaini, Ara Johari, Sufi Rashid, Syamel, Ernie Zakri dan Masya Masyitah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

SUMBER: MHE TV via AkuOkay

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here