“Saya pilih Remy Ishak!” Farah Nabilah Dedah Kenapa Pilih Lelaki Sado Berbanding Lelaki Kurus Dan Kecil

751

Pernah bergandingan dengan beberapa pelakon lelaki yang diberi julukan Hero Malaya seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan Fikry Ibrahim, pelakon cantik Farah Nabilah menyatakan impian mahu bergandingan dengan Remy Ishak pula.

Pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 27, mengakui ciri-ciri lelaki yang ada pada Remy Ishak menambat hatinya untuk berpasangan dalam drama atau filem.

Ketika ditemui Hits, Farah Nabilah mempunyai alasan tersendiri memilih aktor tersebut sebagai heronya.

“Saya sebenarnya tidak kisah digandingkan dengan sesiapa pun. Namun, apabila ditanya siapa pelakon lelaki yang saya ingin bekerjasama, sudah tentu saya pilih Remy Ishak.

“Sejujurnya saya lebih selesa berlakon dengan lelaki yang tinggi. Kalau bertubuh `sado’ lagi okay. Bukan apa, saya kurang penghayatan dan tidak selesa jika digandingkan dengan lelaki yang mempunyai fizikal kecil atau kurus.

“Sebelum ini pun saya diberi peluang bekerjasama dengan pelakon lelaki yang tinggi seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle dan Fikry Ibrahim,” kata Farah.

Kata pelakon ini juga, pilihan ke atas Remy Ishak kerana aktor tersebut antara hero yang sedang diperkatakan ketika ini.

“Selain bakat, fizikal yang tinggi dan gayanya yang nampak lelaki sejati membuatkan saya teringin menjadi heroinnya dalam mana-mana drama,” katanya.

Dia sedar ramai pelakon wanita lain turut mengidamkan Remy Ishak sebagai hero mereka.

Apa pun Farah Nabilah mengakui tidak wajar membanding-bandingkan hero yang pernah bergandingan dengannya.

“Baik Zul, Syafiq mahu pun Fikry, setiap mereka mempunyai gaya dan cara masing-masing.

“Saya beruntung kerana dapat menimba pengalaman apabila digandingkan dengan hero-hero Malaya ini,” katanya yang bakal ‘berjodoh’ semula dengan Fikry Ibrahim menerusi drama Kau Yang Pertama.

Sebelum ini mereka tampil bersama dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek.

“Saya akui keserasian dengan Fikry memang sudah ada, jadi tiada masalah untuk kami berpasangan lagi. Cuma kali ini kami membawa watak yang lebih serius dan berat, bukan lagi komedi.

“Bagi saya ini rezeki Ramadan,” katanya yang ditemui dalam majlis Chari-Tea In Love With Farah Nabilah And Friends baru-baru ini.

Farah Nabilah adalah duta kemanusiaan Asia Africa Development Relief Foundation (ADRF) yang memberi tumpuan kepada masyarakat terutama kanak-kanak kurang berkemampuan dalam pendidikan agar mempunyai daya saing dan memajukan diri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Utusan via JiwangMedia

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here