“Bila Sendiri Dalam Bilik Air Biasanya Saya Nangis Sampai Mata Bengkak,”- Zarina Zainuddin Hampir Putus Asa

410

Untuk mendidik dan menjaga anak yang menghidap autism bukanlah suatu perkara yang mudah dan semestinya memberi cabaran dalam kehidupan.

Pelakon senior Zarina Zainuddin ada berkongsi rasa sedih mengenai dugaan hidup yang ditempuhi oleh dirinya dalam mendidik anak-anaknya yang menghidap penyakt austim.

“Assalamualaikum Hari ini balik shooting saya tengok azil dalam bilik air saya hidung penuh drah..dia masih pkul hidungnya lagi..satu bilik air terpercik drah dari hidungnya dia korek2 ..saya cuba redakan amarahnya..”

“Kesian dia tak boleh bercakap.. Sedih saya tengok keadaannya ..Kadang saya gelak2 buat gla2 kerana saya cuba hiburkan hati sendiri..bila sendiri dalam bilik air biasanya saya nanggis sampai mata bengkak2 dah puas nanggis saya keluar bilik air”

“dan saya kata pada diri saya tak boleh sedih kerana anak2 saya tak mahu tengok saya sedih..

Sabarlah hati.. pujuklah diri bawa berlari”tulisnya menerusi Instagram.

Di samping itu, rakan-rakan artis turut memberi kata-kata semangat kepada pelakon yang berusia 45 tahun itu.

Terdahulu, salah seorang anak kembarnya, Azil yang dikhabarkan mengalami masalah pernafasan sehingga terpaksa menjalani pembdahan.

Sumber : Instagram Zarina Zainuddin via MH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here