Akhirnya Status JAWATAN Dan Pembayaran GAJI Kepada Acap Yang Hilang Mac Lalu TERJAWAB

2287

IPOH: Status perjawatan dan pembayaran gaji kepada peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak Mac lalu, Mohamad Ashraf Hassan, 29 tahun, masih berjalan seperti biasa.

Mohammad Ashraf, atau Acap, yang bekerja di bawah Kementerian Kesihatan sebagai juruteknologi makmal Klinik Kesihatan Maharani, Muar, tetap menikmati hak tersebut walaupun masih dalam status orang hilang.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, setakat ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu mengekalkan haknya sebagai penjawat awam.

“Dia masih hilang, tetapi perjawatan masih ada. Ada proses tertentu apabila seseorang hilang. Buat sementara, sepatutnya JPA harus bayar gaji.

Semua hak sebagai penjawat awam itu harus dikekalkan sehingga ada keputusan muktamad berkenaan dengan kedudukannya,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Dr Lee berkata, 451 kes penderaan membabitkan kanak-kanak direkodkan di Perak pada tahun lalu dengan majoriti melibatkan kanak-kanak perempuan.

“Bagi kategori pendera, teman lelaki kepada ibu atau wanita merupakan kumpulan utama, diikuti bapa sendiri dan ibu tiri,” katanya sambil menambah, kebanyakan kes berlaku di rumah.

Dr Lee turut berkata, 90 peratus pendera merupakan individu yang pernah didera pada masa lampau.

perkembangan pencarian Acap:

Semoga minggu minggu ini yg mana rescue2 volunter yg turun mencari acap tu di permudahkan …

In sha Allah ,sungguh kental abang dia dan keluarga …Pernah dulu sy tanya ,sampai bila tn nak cari ni? Katanyaa dia akan mencari selagi tak jumpa .sekurang kurangnya dapat bertemu dengan acap,antara hidup dan mati itu hak Allah swt …

Kehilangan muhamad Asyraf b hassan

( 43hari )

Kepada volunter ,berhati hati dalam segala urusan pencarian .

Sumber : astroawani via JiwangMedia

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here