Pengguna Twitter Ini Berkongsi Kisah Cinta Sejati Di Antara Ibu Dan Ayahnya Dari Mula Sehingga Ayahnya Pergi Buat Selamanya

437

Impian setiap pasangan bercinta pastinya mahukan cinta mereka itu kekal bukan sahaja sehingga selepas berkahwin, malahan hingga ke syurga.

Cinta sejati lazimnya dipenuhi dengan perasaan kasih sayang dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi di antara suami dan isteri daripada awal perkahwinan sehinggalah ke akhir usia.

Cinta sejati juga dikatakan tidak akan terjejas sekiranya dipisahkan dengan kematlan. Walaupun jsad pasangan telah tiada, namun rasa kasih dan rindu serta kenangan manis bersama akan sentiasa terpahat di hati dan ingatan.

Seorang pengguna Twitter, @hani_camin telah berkongsi kisah cinta sejati di antara ibu dan bapanya sejak mula sehinggalah bapanya pergi dijemput panggilan Ilahi.

@hani_camin|Twitter

Menurutnya, selama 40 tahun usia perkahwinan ibu bapanya, tidak pernah sekali pun ibunya bangun bersendirian untuk memasak makanan sahur mereka sekeluarga. Walaupun arw4h bapanya tidak tahu memasak, namun arw4h sentiasa setia menemani cinta hatinya memasak.

@hani_camin|Twitter

Bukan itu sahaja, malah sehari sebelum arw4h bapanya meninggalkan mereka, arw4h sempat berkongsi seulas cempedak bersama ibunya.

@hani_camin|Twitter

Walaupun kejadian itu sudah berlaku 5 tahun lepas, namun ibunya masih teringat-ingatkan arw4h bapanya. Bahkan menurut cerita Hani, ibunya pernah mengaji kerana ingin berkongsi pahala yang diperoleh bersama dengan arw4h bapanya.

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

Menurut Hani lagi, ibu bapanya sememangnya gemar berutus surat sesama mereka semenjak tahun 70-an lagi. Arw4h bapanya akan sentiasa mengusung surat-surat berkenaan di dalam begnya ke mana sahaja dia pergi.

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

Atas permintaan ramai, Hani turut berkongsi kandungan salah satu daripada surat yang diutuskan oleh bapanya dan ia telah menerima lebih 30,000 retweet dan 24,000 like. Sememangnya kisah cinta antara ibu dan bapa Hani memberi kesan mendalam kepada orang lain.

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

Berikut merupakan reaksi pengguna di Twitter:

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

Ada juga segelintir yang turut mahu berkongsi kisah arw4h bapa mereka:

@hani_camin|Twitter

@hani_camin|Twitter

Al-fatihah. Semoga arw4h bapa Hani dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Sumber: @hani_camin|Twitter via Cerkosong

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here