Tinggal Dalam SAampah Gadis Ini Dedah Realiti Kampung Atas Air Di Sabah

456

 

Kebersihan di sesebuah kawasan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada tahap kesihatan dalam kalangan kelompok masyarakat.Budaya membuang sampah merata-rata boleh menyebabkan kawasan terbabit tercemar sekaligus menggangu kesihatan penduduk selain mencac4tkan pemandangan sekeliling.

Itu didedahkan oleh Habiyya Baneesa melalui laman Twitter miliknya yang memperlihatkan pencemaran laut di kawasan rumah terapung di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau.Posting yang dimuat naiknya itu telah diulang kicau lebih 6,708 pengguna dengan sebanyak 2,468 tanda suka.

#Buang sampah ke dalam laut dah jadi ‘rutin’ biasa penduduk

Menurut Habiyya, dia pergi ke kawasan berkenaan untuk menghadiri sebuah acara perkahwinan bersama rakan-rakannya. Paling menyed1hkan, orang kampung di kawasan berkenaan kerap membuang sampah ke dalam laut, malah tindakan itu seakan-akan sudah menjadi perkara biasa.

“Walaupun sampah merata-merata, kampung ni tak berbau. Mungkin sebab air pasang surut. Tapi sisa dari tandas pun terus jatuh terus ke dalam air laut.”

#Air laut dulu jernih, sekarang.

Tambahnya lagi, warna air laut di situ yang dahulunya jernih berubah keruh, malah ramai yang bermandi-manda di laut berkenaan sebelum tercemar dengan sampah-sarap yang dibuang begitu saja.

Paling menyedihkan, kampung berkenaan telah mencecah usia 50-60 tahun dan budaya tidak bermoral ini masih diamalkan serta menjadi suatu kebiasaan.

#Netizen gesa pihak bertanggungjawab ambil tindakan

Rata-rata net1zen menyeru pihak bertanggungjawab agar mengambil tindakan selanjutnya di kawasan berkenaan dan mempergiatkan kempen bagi melestarikan alam sekitar.

Namun, ramai juga yang menyatakan isu ini tidak akan pernah selesai ekoran membabitkan sikap dan mentaliti penduduk yang tidak ingin berubah.

#Susah nak ubah mentaliti manusia

#Mungkin tong sampah tak disediakan

JKKK apa cerita?

Harimau mati tinggalkan belang, manusia…

Benda tak normal nampak normal bila dah biasa

Sumber: Habiyya Baneesa / cokelatputih.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here