20 Tahun Sudah Usia Kuch Kuch Hota Hai! 4 Pelakon Filem Ini Bukan Sahaja Popular Malah Bergelar Jutawan.

586

 

Masih ingatkah anda dengan filem Bollywood legenda Kuch Kuch Hota Hai yang pernah mencetuskan fenomena di tahun 1998? Filem itu ternyata bukan setakat berjaya di Malaysia, tapi juga beberapa negara lain di dunia.

 

Kejayaan filem tersebut membuatkan nama kesemua pelakon melonjak menjadi popular. Selain terkenal, mereka juga berhasil mengumpul kekayaan diluar jangkaan.

Nak tahu berapa hasil kekayaan dimiliki para pemain filem Kuch Kuch Hota Hai? Berikut empat di antaranya.

Rani Mukherjee – (US$ 12 juta atau RM 48 Juta)

Watak Tina Malhotra yang dimainkan oleh artis cantik Rani Mukherjee ini sememangnya tak begitu menonjol dalam Kuch Kuch Hota Hai. Walaubagaimanapun peranannya tetap diingati ramai orang.

Rani mula terjun ke dunia hiburan sejak tahun 1996 dengan berlakon di filem Raja Ki Aayegi Baraat. Sejak saat itu namanya perlahan-lahan menjadi popular. Hingga kini aktres berusia 40 tahun ini sudah membintangi hampir 50 judul filem.

Ibu kepada seorang anak ini juga berjaya memenangi banyak penghargaan, salah satunya adalah Aktres Terbaik untuk filem Black pada tahun 2006.

Kejayaan yang diraih oleh Rani membuatkan dia hidup bergelumang dengan harta. Menurut celebritynetworth, kekayaan Rani mencapai US$ 12 juta atau sekitar RM 48 Juta.

Kajol (US$ 16 juta atau RM64 Juta)

Artis cantik Kajol juga berjaya mengumpul kekayaan dari kejayaannya membintangi banyak filem. Seperti yang dilaporkan dari celebritynetworth, Kajol memiliki jumlah kekayaan mencapai US$ 16 juta atau sekitar RM64 Juta.

Isteri kepada aktor Ajay Devgan ini sudah membintangi lebih dari 30 judul filem sejak tahun 1992, salah satunya Kuch Kuch Hota Hai.  Dalam filem ini dia memegang watak sebagai Anjali Sharma.

Selain meraih kekayaan dalam dunia lakonan, Kajol juga memiliki syarikat produksi sendiri bernama Devgan Entertainment and Software Ltd.

Salman Khan (US$ 260 juta atau RM1 Billion)

Aktor Salman Khan memainkan watak sebagaiAman Mehra yang merupakan tunangan Anjali di filem Kuch Kuch Hota Hai.

Kariernya di dunia hiburan sangat membanggakan malah dia namanya berada dalam senarai aktor Bollywood dengan bayaran tertinggi.

Aktor yang sudah terjun ke dunia hiburan sejak tahun 1988 ini memiliki hasil kekayaan mencapai US$ 260 juta atau sekitar RM1 Billion, seperti yang dilaporkan oleh celebritynetworth.

Shahrukh Khan  (US$ 600 juta atau  RM2.4 Billion)

Siapa yang tak kenal dengan Raja Bollywood, Shahrukh Khan? Kariernya di dunia hiburan tak perlu diragukan lagi.

Pelakon utama dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebagai Rahul Khanna ini, dikatakan memiliki jumlah kekayaan mencapai US$ 600 juta atau sekitar RM2.4 Billion.

Tak cuma mendapatkan wang dari dunia hiburan sahaja, bapa kepada tiga orang anak ini juga memiliki syarikat perniagaan, mulai dari properti, produksi, hingga menjadi pelabur berbagai perniagaan. Tak hairan kalau Shahrukh Khan memiliki kekayaan sebanyak ini.

Jadi, siapa di antara mereka yang menjadi inspirasi anda?

Sumber: hangat.com / petuadanresepibonda.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here