Kasih suami membawa ke syurga, sayang isteri bahagia berkekalan. Begitu yang boleh digambarkan kepada pasangan ini apabila isterinya membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Nissan GTR kepada suaminya sempena hari lahir yang ke-28.
Pasti ramai para suami di luar sana makan hati !
Mana tidaknya, Yana Farida bagi kereta Nissan Gtr kepada suaminya ! Kereta idaman kaum lelaki itu. Wah, bertuahnya suami kepada usahawan tersebut.
Perkara itu dikongsikan dalam akaun Instagram miliknya, kejutan yang telah disediakan buat suami tercinta.
“Alhamdulillah dikurniakan suami yg bertanggungjawab, layan kerenah yana yg nyekit ni, anak dia yg uruskan smpai tido malam pon TAKDE DADDY TANAK TIDO. suami yg betul2 supportive. nak bisnes ape, buat la. JANJI BUAT JANGAN GIVEUP. kekuatan sy adalah suami sy. tanpa dia, sy tak mampunye nk beli NISSAN GTR ni sebijik. guys seriously sy tak pernah bg ape2 kat husband. asyik2 sy je dpt ape yg sy nak. .
bile suami layan kite dgn baik, dahulukan isteri , kite sebagai isteri pon akan memahami suami. faham keadaan dia. nekad jugak nak fulfill his wishlist. ape salahnye dah penat lelah bekerja, macam2 dia korbankan untuk sy, sy hadiahkan ape yg dia idamkan selama ni? am i right? 😝😝😝 @trmzzimhmd .”
Rakaman video berkenaan meraih lebih 15 ribu yang melihat, rata-rata tumpang gembira selain mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
“bahagiakan suami adalah part paling best dlm rumahtangga”
“semoga prkahwinan ni kekal bahagia hingga jannah”
Semoga kedua-dua pasangan ini sentiasa bahagia sepanjang hayat. Agaknya berapa yer harga Nissan Gtr ini ?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HCL