Selena Gomez umum kahwin dengan Bill Murray, peminat gelar ‘couple of the year’

442

 

KENYATAAN penyanyi Selena Gomez yang mengumumkan dia bakal berkahwin dengan pelakon Bill Murray menerusi Instagram baru-baru mengejutkan para peminatnya.

Bagaimanapun Selena, 26, hanya membiarkan sahaja para peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.

“Pertama kali saya berada di Cannes! Saya rasa sangat bangga menjadi sebahagian daripada filem ini bersama Jim dan seluruh kru.

Selena umum bakal berkahwin.

“Ouh ya, Bill Murray dan saya akan berkahwin,” tulisnya mengiringi sekeping foto ketika menghadiri festival filem Cannes 2019 baru-baru ini.

Bill dan Selena pertama kali bergandingan menerusi filem The Dead Dont Die dan kini mereka sedang sibuk mempromiskan filem tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem Ghostbusters itu mengakui dia menyukai Selena yang dianggap seorang yang baik dan mempunyai masa depan sangat cerah.

“Saya sangat menyukai Selena. Dia sangat baik dan mempunyai masa depan yang sangat cerah,” kata Bill.

Artikel Sebelum Ini Pernah Melaporkan Penangan Putus Cinta, Selena Gomez Alami Masalah Mel3ntal?

Patah Tumbuh Hilang Berganti…tapi lain pula hal yang terjadi pada Selena Gomez. Mungkin kerana belum temui pengganti, penyanyi ini dilaporkan berdepan masalah kemuurungan.

Sebelum ini, penyanyi terkenal ini pernah dimasukkan ke hospital pada 2016 atas tujuan pemindahan buah pinggang.

Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan m3ntal dan tekanan darah rendah. 

Menurut sumber media antarabangsa, Gomez masih tidak boleh menerima hakikat bekas kekasihnya, Justin Bieber kini telah berkahwin dengan seorang model, September lalu.

Berita perkahwinan dua sejoli itu ternyata membuatkan Selena hampa dan mengalami masalah kemuruungan sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat psikiatri bagi memulihkan semangatnya.

“ Selena kini ditempatkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles selama dua minggu untuk pantauan rapi termasuklah berdepan masalah tekanan d4rah rendah.

“ Dia juga mengalami ketidakstabilan emosi buat masa ini,” kata sumber metro.co.uk.

Tahap kesihatan Selena terganggu sejak percintaan selama lapan tahun bersama Justin tidak dapat diselamatkan lagi. Sabarlah ya, semoga cepat sembuh! 

Sumber  : Mstar Via: lepatpisang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here