‘Terima kasih kerana menjadi datuk paling hebat’- Puteri Afzan Shakira Kongsi Luahan Buat Ramai Sebak

616

BERITA kem4ngkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah pada pagi Rabu disambut dengan kesedihan daripada pelbagai lapisan rakyat di seluruh negara.

Ini kerana Alm4rhum seorang raja yang cukup dekat dengan masyarakat selain sentiasa mengambil berat apa sahaja masalah yang dihadapi oleh segenap lapisan rakyat.

Demikian juga dalam kalangan ahli keluarga diraja Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah digambarkan sebagai seorang datuk yang hebat dan penyayang.

Keperibadian menawan Alm4rhum Sultan Haji Ahmad Shah dikongsi cucunda baginda, Puteri Afzan Shakira Nabila dalam laman sosi4l Instagramnya.

Puteri Afzan Shakira Nabila menyatakan bagaimana Alm4rhum telah bergelar seorang nenda yang luar biasa bagi keluarga diraja itu.

Sultan Haji Ahmad Shah m4ngkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi ini. Semoga r0h Alm4rhum Sultan Ahmad Shah dirahmati dan ditempatkan bersama pada syuhada.

Artikel berkaitan ‘Sultan Ahmad Shah mangk4t’

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah m4ngkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi. Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya mengumumkan kem4ngkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah alm4rhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan semoga r0h alm4rhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama para syhuhada,” katanya.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dijadualkan membuat sidang media khas berkaitan kem4ngkatan itu pada 11.30 pagi di Wisma Sri Pahang.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.mBaginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Jan lalu.

Alm4rhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Okt 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Alm4rhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Alm4rhum dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkatan ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan berada di luar negara.

Baginda dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan pada 25 Mei 1944 sebelum dimasyhurkan buat kali kedua pada 29 Mei 1949.

Baginda juga pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh bermula 26 April 1979 hingga 25 April 1984 dan pernah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Sept 1975.

Baginda mempunyai lapan anakanda iaitu Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Datuk Muhaini, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah, Al-Sultan Abdullah, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman, Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Tengku Datuk Shahariah dan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam.

Tujuh daripada lapan anakanda itu merupakan cahaya mata perkahwinan baginda dengan Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang mangk4t pada 29 Jun 1988.

Alm4rhum kemudiannya bertemu jodoh dengan Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber bernama via malaysiakini

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here