Gelagat Ustaz Madi Asyik Melatah Ketika Rakaman Bersama Wany Hasrita Buat Netizn Berdekah

926

Walaupun sudah beberapa minggu drama Nur 2 melabuhkan tirainya, namun watak-watak di dalam drama tersebut yang cukup memberi kesan kepada penonton masih lagi menjadi bualan hangat.

Terbaru, sebuah video yang dikongsikan oleh Wany Hasrita melalui akaun twitter miliknya menarik perhatian ramai. Video yang berdurasi seminit lebih itu memaparkan gelagat Wany yang membawa kereta manual.

Di sebelahnya pula Azhan Rani yang menjayakan watak Ustaz Madi dalam drama Nur. Siap berkopiah lagi!

Video yang meraih 362,000 tontonan itu menunjukkan lakonan dua selebriti ini sedang dalam perjalanan untuk menyambut hari raya. Namun cara pemanduan Wany Hasrita yang memandu kereta manual membuatkan kereta itu tersenguk-senguk.

Ini secara tidak langsung menyebabkan Ustaz Madi yang duduk dikerusi bersebelahan pemandu asyik melatah sahaja!

video:

Adoi, sabar je lah dengan Ustaz Madi ni! Melatah tak ingat dunia pula tu!

Video ini juga meraih lebih daripada 30,000 retweets dan rata-rata netizen meninggalkan komen seperti berikut:

“Bayangkan dia orang JPJ pastu melatah camtu..”

Takleh focus la aku tengok perempuan tudung pink tu. Macam thomas and friends.

Terfikir yang sama. Apa yng dilanggar tu. Jalan kampung berhutan takkan ada bonggol. Tapi rasanya lubang kut… hahaha

Aku rela la kawin dengan ustaz madi kalau macamni tunggu 10 tahun lagi ye pakcik time tu umur saya 30

leklok ustaz Madi, second place tu masa race TGR 😂 nnti kan terbang kete tu kahkahkah

Sumber: http://cokelatputih.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here