Lukisan duka dari UK… hanya Fatimah yang tahu, “Mohon doakan, dia dalam proses untuk pulih”

352

Fatimah begitu rapat dengan bapa saudaranya yang dipanggil Mamajee.

SELEPAS seminggu pemergian Chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, lukisan hasil tangan anak buah kesayangannya, Fatimah didedahkan menerusi laman sosial.

Imej yang memaparkan dua figura dan mempunyai lambang hati yang retak itu dilukis Fatimah yang terkenal bersama adik-adiknya menerusi The Family UK, pada hari Adamdidam dijemput Ilahi, 19 Mei lalu.

Walaupun hanya Fatimah saja yang memahami hasil kerja tangannya, tetapi gambar hati tersebut mengundang sayu kerana ia dilukis dalam keadaan yang retak.

“Fatimah melukisnya pada Ahad, bersamaan 14 Ramadan 1440H, iaitu hari Mamajee (panggilan buat Adamdidam) meninggal dunia.

“Mamajee pergi… Fatimah menangis dengan hati yang remuk. Tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaannya,” menurut perkongsian di laman sosial thefamily.uk pada Isnin.

Lukisan Fatimah yang dihasilkan pada hari Adamdidam meninggal dunia. Foto instagram thefamily.uk

Menurut keterangan itu lagi, lukisan tersebut menggambarkan segala-galanya yang dilalui budak perempuan berusia lima tahun itu.

“Mohon doakan Fatimah. Dia masih dalam proses untuk pulih,” menurut perkongsian itu.

Ramai mengetahui Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali begitu rapat dengan bapa saudara mereka, Adamdidam.

Tiga beradik itu popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.

Chef Adamdidam men1nggal dunia pada usia 29 tahun akibat jangk1tan paru-paru.

Sumber: Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here