Kumpul Duit Mahu Kahwin, Kem4 tian Pemandu Grab Buat Rakan2 Sebak.

389

 

Kem4tian seorang pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu mengundang sebak rakan-rakannya dengan meluahkan dedikasi istimewa di laman media sosial.

Biby Izura Abdullah, salah seorang kenalan arwah menyifatkan pemuda berusia 27 tahun itu seorang rakan yang baik sepanjang menjalinkan persahabatan mereka.

“Zura jangan lambat kahwin, aku nak pergi majlis kau.”

Semoga tenang di sana sahabat…

Napi kawan yang baik, anak yang baik..

Semoga amalan baik Napi diterima Allah…

Seorang lagi rakannya, Azmir Izani berkongsi perbualan akhir dimana arwah sering berbual tentang kerja yang berhasrat mahu mendirikan rumah tangga dengan bekerja sebagai pemandu Grab dan pereka grafik.

Seorang yang rajin, cekap buat kerja, hormat orang…

Perbualan terakhir, perjumpaan terakhir…

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Terdahulu, kereta arwwah yang terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu dan cermin ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Kota Kinabalu pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.

Manakala m4yatnya disahkan oleh keluarga mangsa setelah dijumpai oleh orang awam di kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, petang semalam.

Artikel Berkaitan

Susulan penemuan m4yat pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu yang dipercayai dibunuh sebelum dibuang ke kawasan semak di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran, polis telah menyiasat dan menahan dua penumpang terakhir yang menggunakan perkhidmatan mangsa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah berkata, bertindak di atas maklumat hasil kerjasama dengan pihak Grab, polis telah mengesan dan menahan dua lelaki terbabit di kawasan parkir 1 Borneo di Kota Kinabalu pada jam 9.50 malam tadi.

Hasil siasatan mendapati, kedua-dua suspek telah mengaku membuunuh mangsa sebelum membuang m4yatnya ke kawasan semak. Suspek terdahulu menggunakan khidmat mangsa yang menjemput mereka dari Kingfisher ke Tuaran.

Kedua-dua suspek yang berusia 20 tahun (menganggur) dan salah seorang mereka merupakan warga asing.

“Siasatan juga mendapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan. Polis akan memohon reman hari ini ke atas kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hingga tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan kita percaya kejadian berlaku pada 24 Mei lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Difahamkan, pihak polis masih menjalankan proses pengecaman ke atas m4yat mangsa bagi memastikan mangsa itu adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Ahli keluarga pemandu Grab juga telah dipanggil untuk pengecaman tetapi gagal berbuat demikian kerana keadaan mayat mangsa yang mulai mereput. Polis kemudian menggunakan kaedah lain menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti m4yat itu adalah pemandu Grab berkenaan.

Sumber:thereporters

Sumber : Facebook , Twitter dan ohmymedia

Kredit: goisho / menujukebenaran.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here