Setelah Kahwin Dengan Kerabat Raja, Diri Kelihatan Kurus. Juliana Evans Dedah Ini Yang Berlaku Padanya

476

“ Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia.

“ Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari,” kata pelakon Che Puan Juliana Evans, 29.

Malah, Juliana juga menepis d@kwaan beliau kurus secara drastik kerana jelasnya masa beberapa tahun diambil untuk berjaya mencapai tahap berat badan sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

At the launch of #RogerVivier last night. Thanks #TheMeliumGroup for the invitation 🖤 #HotelVivier

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Ditemui selepas pratonton filem Bella & Jamie lakonannya, Juliana memberitahu beliau juga begitu menitik beratkan penjagaan kesihatan diri dengan amalan gaya hidup sihat.

“ Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam.

“ Apatah lagi, memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi,” katanya.

Juliana bernikah dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman, 31, pada April 2017 lalu dan dinikahkan oleh Imam Masjid Istana Alam Shah Klang, Mohd. Rasid Mahful dalam sebuah majlis tertutup.

Pelakon filem Hantu Bonceng dalam satu kenyataan kepada media meluahkan syukur kerana majlis ijab dan kabul itu berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-belah pihak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LoVe of my life 💛

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Mengulas juga mengenai cahaya mata, pelakon filem Pulang ini berkata, beliau sedia bergelar ibu.

“ Diharapkan semoga tahun ini, saya dan suami akan dikurniakan cahaya mata. Melihat ramai rakan lain sudah memiliki anak, kami juga teringin.

“ Apapun, anak adalah rezeki daripada Allah SWT. Saya dan suami hanya mampu menyimpan impian dan berdoa semoga kami dikurniakan zuriat apabila sampai masanya.

“ Saya juga tidak akan berahsia sekiranya disahkan hamil suatu hari nanti. Cuma, sekarang kami belum ada rezeki dan tetap bersabar,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No stylist #Jeju

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Berbicara juga mengenai hobi memasaknya, Juliana atau nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans berkata dia lebih gemar memasak sendiri kerana suka belajar pelbagai resipi baru.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : hmetroeritaSteady

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here