“Aliff Syukri bayar gaji dia berapa?” – Netizen Terhibur Tengok Lelaki Baju Kelabu Ini Menari ‘Bersungguh’

925

Hari raya adalah hari untuk kita bergembira. Tak kisah lah nak menyanyi ke, nak kutip duit raya ke, nak menari pun boleh. Biar lah kita bergembira di hari kemenangan ini. Jangan monyok je.

Cerita pasal monyok nak dekat-dekat raya ni, haa ada satu video yang dikongsi oleh @vvipzul. Video berdurasi 16 saat tu ada menunjukkan Aliff Syukri menari lagu raya. Apa yang menarik perhatian netizen kali ni bukan lah Aliff Syukri, tapi salah seorang penari dia yang muka monyok semacam. Nah cuba korang tengok sendiri

VIDEO:

Kenapa macam tak ikhlas je menari?

Itulah persoalan yang bermain difikiran kami. Kenapa mamat baju kelabu tu menari macam tak ikhlas. Muka punya monyok semacam je.

Hahaha habis lah kena bahan dengan member nanti. Silap-silap setiap rumah dia pergi kena bahan. Last-last tak keluar rumah dah walaupun raya sebulan sebab takut kena bahan punya pasal.

Memang kena bahan lah. At least kalau dua buat muka macam terhibur sikit orang takde lah perasan sangat. Ni monyok semacam je. Tu yang buat orang perasan tu.

Bersemangat lah sikit. Lagi berapa hari je lagi nak raya. Ke payment Aliff Syukri tak bagi cukup. Kalau macam tu memang sapa-sapa pun dalam dilema.

Redho je lah. Tapi ni terlebih redho. Sampai nampak macam tak ikhlas dah. Sabor je lah dik oi

Oh dia dah buat penjelasan. Taak kisah lah awak apa sekali pun, kadang-kadang ni netizen nak melawak je. Terima kasih ye buat netizen terhibur. Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: twitter / @VIRALKAMI.COM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here