Tuah Syukur Kerbau terima watak filem raya, “Berlakon atau realiti, saya tetap tak izin orang jual Awang”

362

TUAH ‘Mowgli Malaysia’ terus bersinar apabila pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di Kuala Terengganu, itu muncul menerusi filem pendek sempena Aidilfitri.

Bertajuk Raya Di Hujung Tanduk, drama tersebut menyaksikan Muhamad Syukur Khamis, 14, bergandingan dengan pelakon popular filem Hantu Kak Limah, Dalimawati.

Filem pendek berdurasi 13 minit itu mengisahkan Muhamad Syukur melakonkan watak sebagai Syukor yang b3nci dengan abangnya yang meninggalkan kampung untuk melanjutkan pengajian di universiti.

 

Salah satu babak dalam filem pendek Raya Di Hujung Tanduk.

Keb3ncian Syukor semakin membuak-buak apabila abangnya mahu menjual kerbau kesayangannya bernama Awang, yang dianggap sebagai satu-satunya kawannya.

Muhamad Syukur berkata, filem pendek itu mengisahkan hubungan adik dan abang ibarat air yang dicincang tidak akan putus.

Katanya, ia merupakan lakonan pertamanya dan dia mengakui agak gementar serta kekok untuk beraksi di depan kamera, terutama bersama pelakon terkenal.

 

Muhamad Syukur akui gementar digandingkan bersama Dalimawati. Foto Syukor Khamis – Kampong Boy

“Jujurnya, saya teruja untuk berlakon. Pada masa sama, saya gementar kerana pertama kali berlakon. Ia merupakan pengalaman baru buat saya.

“Rasa takut tu sudah tentu ada, takut gagap masa berdialog dan kalau lakonan saya kaku. Tapi, Alhamdulillah saya diberi tunjuk ajar oleh pihak produksi di samping mendapat bantuan pelakon,” katanya kepada mStar.

Walaupun senang melakonkan watak berdasarkan pengalaman sendiri sebagai seorang budak yang rapat dengan kerbau, Muhamad Syukur mengakui cabaran apabila bermain dengan emosi.

Di sebalik penggambaran filem pendek raya Raya Di Hujung Tanduk. Foto Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy

“Ada babak saya perlu mar4h pada abang. Bagi saya, watak mar4h tu yang paling sukar buat saya. Lepas tu pula, dari mar4h em0si bertukar kepada sedih.

“Masa babak nak mar4h tu bila saya pandang muka abang tu, abang tu pandang muka saya, rasa nak gelak pun ada. Jadi, macam mana nak mar4h,” katanya secara berseloroh.

Bagaimanapun anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak dapat membayangkan sekiranya adegan mahu menjual kerbau kesayangan iaitu Awang menjadi realiti.

 

Kalau ada rezeki ditawarkan berlakon lagi, saya akan pertimbangkannya. Teringin juga nak berlakon jadi budak nakal

MUHAMAD SYUKUR

“Dalam drama ke realiti, saya tetap tak setuju kalau ada orang nak jual Awang. Saya katakan tidak sebab Awang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga saya,” katanya sambil menambah selain Awang, antara kerbau belaannya yang turut muncul dalam filem pendek raya itu adalah Semek dan Tonkol.

Filem pendek raya Raya Di Hujung Tanduk yang kini boleh ditonton di laman YouTube itu merupakan terbitan syarikat kosmetik, Faith Fluer dan dibikin oleh produksi Red Gear Productions, arahan Fiq Sam.

Muhamad Syukur sering beraksi bersama sekumpulan kerbau. Foto Dallah Deen Photography

Menurut Muhamad Syukor, dia bersedia untuk menerima tawaran berlakon pada masa akan datang selagi tidak mengganggu pelajarannya.

“Kalau ada rezeki ditawarkan berlakon lagi, saya akan pertimbangkannya. Teringin juga nak berlakon jadi budak nakal,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Syukur juga bakal muncul dalam telefilem yang dijangka ditayangkan sempena Aidilfitri ini siaran saluran Astro.

Muhamad Syukur berlakon di samping Wan Hanafi Su dalam telefilem Kerbau Sayang Amar. Foto Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy

 

Telefilem bertajuk Kerbau Sayang Amar itu melibatkan pelakon-pelakon senior iaitu Wan Hanafi Su, Datuk Fizz Fairuz dan Emelda Rosmila.

Muhamad Syukur mula menjadi perhatian selepas gambar yang memaparkan dirinya bersama sekumpulan kerbau menjadi juara pertandingan foto peringkat Asia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : mstar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here