“Doktor Kata, Ainul Semakin Baik Hari Demi Hari. Alhamdulillah.” Bapa Kongsi Kesihatan Ainul Mardhiah Semakin Meningkat

185

KUALA LUMPUR: Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi perempuan pengh1dap k4nser mulut Germ Cell Tumor yang kini dir4wat di sebuah hospital kanak-kanak di London, semakin meningkat.

Berita baik itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi laman Facebook, hari ini.

“Assalamualaikum dan hai semua! Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah. Sekarang ni Dr nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan r4watan seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya lepasi ujian seterusnya ya! Insya-Allah, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan Izin-Nya,” katanya yang turut memaparkan gambar terkini bayi istimewa itu.

Beberapa pengguna Facebook turut memberikan kata semangat kepada Ainul Mardhiah dan status itu mendapat lebih 7,000 tanda `likes’ dan 483 perkongsian.

Warganet, Sue Yusoff memohon Allah memakbulkan doa rakyat Malaysia untuk kesembuhan Ainul Mardhiah.

“Kau berilah afiah pada Ainul ya Allah. Kau tabahkan hati keluarga Ainul ya Allah… Moga terus kuat Ainul,” katanya. ❤️

Zuraidah Ismail pula mendoakan semoga keajaiban berlaku kepada bayi istimewa berkenaan dan kedua ibu bapanya tabah menghadapi saat sukar.

“Buat anak kecil ini.. Allah sebaik baik penolong dan penyembuh. Semoga ibu ayah Ainul tabah menghadapi masa-masa yang sukar.. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,” katanya.

Ain Damiya pula mengharapkan berkat malam Lailatul Qadar bayi istimewa berkenaan akan sembuh.

“Acik doakan moga Ainul cepat sembuh dan cepat pulang ke Malaysia ya sayang. Ramai yang sayangkan Ainul,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 

Sumber : BH Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here