“Tanam rambut juga ke?” – Netizen samakan kepala Aliff Syukri dengan Aliff Aziz

435

Aliff Syukri tunai janji membotakkan kepala.

SEBAGAI memenuhi janji sekiranya video muzik lagu Jom Raya menjadi trending nombor satu di YouTube, akhirnya usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nekad membotakkan kepala.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, pengikut bukan sahaja memuji tindakan Aliff menunaikan janji membotakkan kepala, malah ada juga yang menyamakan rambutnya dengan penyanyi Aliff Aziz.

Ini berikutan terdapat tanda-tanda merah seperti luka di kepala jutawan tersebut dan ia mula menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut.

 

Ada yang membuat andaian kononnya Aliff turut membuat rawatan menanam rambut atau hair transplant seperti yang dilakukan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang sebelum ini.

Pengikut samakan rambut Aliff Syukri dengan Aliff Aziz.

“Macam Aliff Aziz daaa… Datuk pun tanam rambut juga ke?

“Buat rawatan rambut ke Datuk?

“Kenapa rambut Datuk pun ada biji warna merah tu macam Aliff Aziz, buat hair transplant juga nampaknya,” tanya pengikut.

Aliff bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan netizen itu dan sekadar memberitahu dia sudah membotakkan rambut.

Antara komen pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji penampilan Aliff dan berasakan imej tanpa rambut itu lebih sesuai dan kena dengan wajahnya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada Ahad itu menerima hampir 400,000 tontonan.

Lagu Jom Raya nyanyian Aliff Syukri bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah kini trending nombor 1 di laman Youtube.

Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas dimuat naik pada Khamis lalu.

Sumber: Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here