10 Lagu Raya Yang Akan Buat Anda Rasa Mahu Kemas Beg Dan Balik Kampung Sekarang!

267

KURANG dari seminggu sebelum kita menyambut Syawal… Sekarang adalah masa paling sesuai untuk mendengar lagu-lagu raya bagi menaikkan ‘mood’.

Banyak sebenarnya lagu-lagu bertemakan Aidilfitri dihasilkan namun kebanyakan daripada kita lebih gemar mendengar karya-karya lama yang mengimbau memori zaman kanak-kanak.

Apa lagu kegemaran anda? mStar menyenaraikan 10 karya ‘evergreen’ terbaik yang sentiasa menjadi pilihan pendengar.

1. Sudirman – Balik Kampung

Balik Kampung adalah lagu wajib untuk dipasang ketika perjalanan pulang ke kampung halaman dan bertambah semangat apabila semua yang ada dalam kereta turut menyanyi bersama.

2. Tan Sri P. Ramlee – Dendang Perantau

Lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Syed Sudarmaji ini kekal malar segar walaupun ia dihasilkan sekitar era 1950-an.

Bait-bait lirik dan melodinya sudah cukup buat sesiapa sahaja ingin segera mengemas beg dan pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.

3. Saloma – Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat Melayu malah turut digemari oleh kaum Cina dan India.

Ia sudah menjadi lagu ‘anthem’ buat seluruh rakyat Malaysia setiap kali tibanya Syawal.

4. Aishah – Pulanglah

Melodinya yang syahdu membuatkan hati yang mendengar mudah terkesan apatah lagi terkenangkan kekasih lama. Chewah!

5. Anuar Zain dan Elina – Suasana Hari Raya

Setiap kali mendengarkan Suasana Hari Raya pasti ramai daripada kita yang terkenangkan memori indah ketika menyambut Syawal ketika kecil.

6. Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Lagu klasik yang dirakamkan pada 1981 ini antara yang mengusik jiwa sesiapa sahaja mendengarnya dan ia kekal malar segar hingga ke hari ini.

7. Rafeah Buang – Bila Takbir Bergema

Lagu ciptaan Kassim Masdor ini sangat ringkas tetapi mengasyikkan membuatkan ia cukup sinonim setiap kali tibanya syawal.

8. Datuk M. Nasir – Satu Hari Di Hari Raya

Magik sentuhan daripada M. Nasir tidak pernah mengecewakan termasuklah apabila beliau menghasilkan lagu hari raya!

9. Sanisah Huri – Bersabarlah Sayang

Ramai tidak mengenali penyanyinya terutama dalam kalangan anak muda tetapi tidak Bersabarlah Sayang.

10. Datuk Seri Siti Nurhaliza – Nazam Lebaran

Nazam Lebaran boleh disifatkan sebagai lagu bertemakan raya moden tetapi bakal menjadi malar segar pada tahun-tahun mendatang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 

Sumber : mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here