“Dahlah Cantik, Bijak Pulak Tu” – Anak Malaysia Dinobat Pelajar Terbaik Universiti Dalam Bidang Biomedical Engineering Di Amerika Syarikat

297

KUALA LUMPUR – Bijak dan cantik. Perkataan yang tepat buat penuntut di Rutgers University, Nurul Jannah Zamberi apabila dinobatkan graduan terbaik dalam bidang Biomedical Engineering di institusi pengajian tinggi itu, baru-baru ini.

Kejayaan Nurul Jannah, 23, itu juga menjadi kebanggaan buat negara selepas Maryam Balqis berjaya memperolehi CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Apa yang lebih membanggakan apabila Gadis Melayu Johor turut menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada Rutgers University baru-baru ini.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu cemerlang dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors serta memperoleh CGPA 3.95.

Nurul Jannah merupakan pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba sebelum melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California.

Setelah menamatkan zaman persekolahannya di MRSM, Nurul Jannah telah meneruskan pengajian di dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun sebelum melanjutkan pengajian Bsc in Biomedical Engineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.

Gadis Melayu Johor ini juga turut menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada Rutgers University baru-baru ini.

Memetik sumber maklumat Pejabat MARA Washington berkata, Nurul Jannah memilih bidang ini kerana meminati subjek biologi, kimia dan fizik.

“Beliau mengambil dan memanfaatkan peluang ini dengan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan malah Nurul Jannah turut terpilih sebagai Undergraduate Research Assistance oleh universiti ini.

“Antara tajuk penyelidikannya ialah ‘Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury’, ‘Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias, dan pada tahun akhir pengajian, Nurul Jannah menjalankan Senior Design Group Project bertajuk ‘Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device’.

“Nurul Janaah turut memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan Samuel Welkowitz Award serta berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar “Matthe Leydt Society” dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” kata kenyataan MARA Washington.

Katanya, kini Nurul Jannah mempunyai impian yang besar bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi hingga peringkat PhD dalam bidang yang sama.

Pastinya, rakyat Malaysia dan khususnya buat warga MARA berasa bangga akan pencapaian anak-anak pelajar yang semakin menonjol di mata dunia. Tahniah buat Nurul Jannah!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 

Sumber : eWARTA MARA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here