Bawa Anak Sertai Misi Kemanusiaan Di Syria, Altimet Mahu Ajar Anak Hidup Susah

280

PENYANYI rap Altimet membawa anak sulungnya, Abdullah, 13, turut serta menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat Islam di sana.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata, tujuannya ingin memberi kesedaran tentang apa yang anaknya itu lalui jauh lebih mewah daripada kehidupan masyarakat Syria.

“Jauh perjalanan, luas pemandangan.

“Kalau aku bawak kau ke rumah-rumah mewah untuk tunjukkan kesederhanaan hidup kita sahaja, itu tak adil untuk kau.

“Aku bawak kau ke kem-kem pel4rian… jadi kau tahu hidup kau serba mencukupi, lebih mewah kalau dibandingkan mereka,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Kalau aku bawak kau ke rumah2 mewah utk tunjukkan kesederhanaan hidup kita sahaja, tu tak adil kat kau. Aku bawak kau ke kem2 pelarian ni jadi kau tau hidup kau serba mencukupi, mewah Kalau dibandingkan mereka. Ujian hidup diorang ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab perang saudara Ujian hidup kita pulak kesenangan di tanahair sendiri yang aman. Aku akan buat segala yang aku mampu utk jadikan kau orang yang lebih baik dari aku. Aku cuma nak mintak pertolongan kau dalam mencapai matlamat aku ni. Berat sama dipikul, ringan sama2 kita jinjing, anakku. Terima kasih @cintasyriamalaysia atas pelawaan join mission ni. Banyak pengetahuan & pengalaman baru yang kami dapat. Allahualam. #ramadanmissioncsm #orangbiasa #akutahu #fieldrunners2

A post shared by Altimet (@altimet) on

Altimet berkongsi pengalaman dia dan anaknya serta beberapa lagi artis lain seperti Noh Hujan dan Aizat Amdan yang menyertai misi bantuan kepada m4ngsa-m4ngsa pel4rian di Syria.

Dalam pada itu, Altimet berkata, ujian yang dilaluinya berbeza dengan rakyat di Syria.

Namun berjanji untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya itu.

“Ujian hidup mereka ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab per4ng saudara. Ujian hidup kita pula kesenangan di tanah air sendiri yang aman.

“Aku akan buat segala yang aku mampu untuk jadikan kau orang yang lebih baik dari aku. Aku cuma nak mintak pertolongan kau dalam mencapai matlamat aku ni.

“Berat sama dipikul, ringan sama-sama kita jinjing, anakku,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kami nak kamu semua senyum sebanyak boleh. Selagi boleh, kami cuba buat kamu senyum. Tabassam. #ramadanmissioncsm #orangbiasa

A post shared by Altimet (@altimet) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sepanjang #RamadanMissionCSM kali ini, hari semalam adalah hari paling mencabar. Bayangkan, seawal jam 9 pagi kami sudah mula bergerak ke Kem Pelarian Arsal. Perjalanan selama dua jam dengan jalan yang berlubang dan berbukit di bawah panas terik matahari. 385 kotak berisi keperluan makanan dan 2,085 pek makanan berbuka puasa. Semua kami kena agihkan sendiri di bawah pemantauan URDA. Bergilir juga kerana berat-berat kotaknya. Saat paling mengharukan adalah ketika agihan di kem yang terakhir. Azan maghrib sudah mula berkumandang tetapi agihan belum bermula. Tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan kami yang berganjak. Masing-masing menyuapkan sebiji kurma sebagai syarat berbuka, lalu agihan kami teruskan sehingga selesai. Segalanya selesai kira-kira jam 8 malam, alhamdulillah.

A post shared by Altimet (@altimet) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gambar2 bonus trip #ramadanmissioncsm hari tu. maaf, takde gambar menyayat hati. Tapi ada footage bonus dua belia bergaduh ditengah jalan di Gaziantep, Turki.

A post shared by Altimet (@altimet) on

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap Altiment selain memanjatkan doa buat dirinya yang menyertai misi itu untuk diberikan kesihatan yang baik.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 

Sumber : mStar, IG Altimet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here