‘Rezeki Jangan Tolak Bang.’ Tindakan Pengurus KFC Ini Bayarkan Makanan Pelanggan Yang Tidak Ada Wang Tunai Dapat Pujian Ramai

385

Baru-baru ini seorang pengurus rangkaian makanan segera, KFC mula menjadi topik perbualan ramai kerana tindakan baik pekerjanya terhadap seorang pelanggan restoran tersebut.

Ramai yang memuji apa yang dilakukan pengurus KFC di Bandar Sunway ini kerana sanggup membelikan makanan buat pelanggan.

Pelanggan berkenaan, Gary Chong menceritakan bahawa dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada tengah malam itu. Akibat letih bekerja selama 15 jam tanpa henti membuatkan dia lapar dan memutuskan untuk makan di KFC.

Dalam keadaan keletihan dia kemudian baru menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang tunai. Memandangkan ketika itu sudah lebih daripada jam 12.30 tengah malam semua mesin ATM tergendala perkhidmatannya.

Dia kemudian terus memesan makanan kerana tahu bahawa dia boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kad kredit.

Namun, ketika dia mengeluarkan kad kreditnya untuk membuat pembayaran makanan yang sudah siap masalah lain berlaku iaitu sistem kad kredit juga tidak berfungsi ketika itu.

Dia ketika itu sudah tidak tahu untuk berbuat apa lagi, dia akhirnya berputus asa dan memutuskan untuk pergi dari situ selepas mengucapkan terima kasih kepada pekerja yang melayannya. Namun, tiba-tiba dia dipanggil oleh seseorang.

Gary terkejut apabila melihat pengurus bernama Nazrin Ramli itu bergegas ke arahnya dan menawarkan untuk membayar makanan menggunakan wangnya sendiri. Gary pada mulanya menolak pemberian itu tetapi pengurus itu tetap berkeras dengan mengatakan, “rezeki jangan tolak bang.”

Sumbangan pengurus tersebut telah memenangi hati seorang pelanggan, Gary turut berkongsi kisah tersebut dengan isterinya. Pada masa akan datang, anak-anak mereka akan menjadikan KFC sebagai destinasi mereka untuk menjamu selera.

Status Facebook Gary yang menceritakan mengenai insiden itu telah dikongsi lebih daripada 1000 kali dan rata-rata netizen memuji tindakan baik hati pengurus tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Nazrin adalah sesuatu yang sangat baik. Sanggup menggunakan wang sendiri buat pelanggan yang kelaparan dan keletihan adalah tindakan yang wajar dicontohi. Diharapkan pihak KFC akan memberikan ganjaran di atas kebaikannya!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Video Viral

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Layan Video

 

 

Sumber : FB Gary Chong via Era Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here