“Sudah Lebih 10 Tahun Tidak Sambut Raya…” – Faralyna Idris

393

Pelakon Faralyna Idris akui Syawal baginya dan keluarga sudah tidak bermakna selepas ibunya Jalaliah Ismail men1nggal dunia semenjak 12 tahun yang lalu.

Fara berkata, sambutan Hari Raya selepas pemergian ibunya sangat berbeza kerana tiada persiapan seperti baju raya dan sebagainya.

“Sejak ibu saya men1nggal dunia semuanya berubah termasuklah bila menjelangnya Syawal.

“Sudah lebih 10 tahun kami tidak menyambut raya seperti orang lain kerana masih terasa kehilangannya.

“Malah, baju raya pun kadang-kadang tiada dan tidak tempah kerana semangat untuk beraya itu tidak sama seperti bersama ibu.

“Setiap kali Syawal rasa sayu dan sebak itu datang amat kuat,” katanya kepada Gempak.

Namun, Fara berkata ia berubah selepas dia mula berkeluarga dan mempunyai anak.

Menurut Fara, demi anak-anaknya, Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1, dia cuba meraikannya dengan penuh rasa gembira.

“Saya mula membuat persiapan raya ketika Anggun usia setahun tapi itu pun saya cuba memaksa perasaan itu untuk menggembirakan hati, demi anak.

“Malah raya kali ini juga dilihat akan lebih meriah kerana kami bakal menyambut bersama anak kedua kami bersama.

“Mereka tidak faham apa-apa dan masih kecil tetapi mahu rasa keseronokkan seperti orang lain juga,” katanya lagi.

Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 Sumber : IG Faralyana Idris via Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here