Lisa Tak Tempah Baju Raya Tahun Ini Walau Sepasang, Akur Dengan Permintaan Yusry Untuk Bersederhana Menyambut Lebaran

388

KETIKA selebriti tempatan lain begitu teruja untuk melaram di pagi Syawal nanti, pelakon Lisa Surihani memilih untuk bersederhana apabila memberitahu tidak menempah walau sepasang baju raya buat mereka sekeluarga.

Menurut Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, tahun ini merupakan kali pertama dia dan keluarga tidak memiliki pakaian raya selepas akur dengan cadangan suaminya, Yusri.

“Persiapan raya terl4mpau sederhana tahun ni. Saya tak ada tempah baju pun.

“Tahun-tahun sebelumnya memang saya akan tempah atleast untuk raya pertama.

“Tapi sebab dah berapa tahun suami cakap tak perlu beli baju raya sebab kami dah ada hampir ke semua warna. Jadi tahun ini saya dengar cakap dia,” katanya .

Bercerita lanjut, Lisa memilih untuk shopping secara atas talian sekiranya terpaksa dan tidak cer3wet jika memiliki baju sama seperti orang lain.

“Ada juga saya tanya suami, tak apa ke kalau saya pakai baju tahun lepas sahaja?

“Tapi kalau saya nak juga baju baharu, saya akan online shopping sahaja sebab baju raya sekarang dah banyak dijual secara online.

“Saya faham sesetengah daripada kita mungkin tak suka kalau pakai baju raya sama dengan orang lain. Tapi untuk saya, ia tak mengg4nggu pun. Asalkan saya selesa dan saya suka, saya akan pakai sahaja baju yang dah siap,” katanya.

Dalam pada itu, aktres jelita ini menyifatkan Ramadan tahun ini sebagai sesuatu yang amat istimewa buatnya.

“Ramadan tahun ini amat istimewa bagi saya kerana anak-anak sudah mula memahami mengenai rukun Islam ketiga.

“Sejuk hati saya bila dia minta untuk ikut bersama-sama untuk sembahyang. Saya tak perlu ajak dia pun.

“Dia ikut sahaja bila saya rukuk, dia pun rukuk tapi mata tengok atas, kadang-kadang nak tergelak dibuatnya” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 

Sumber : mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here