Anggun Selepas Melahirkan Tengku Ismail Leon Petra, Oksana Voevodina Tampil Berhijab Dan Memberi Ucapan Selamat Hari Raya

755

 

Wanita berasal dari Rusia, Oksana Voevodina, jadi sebutan tahun lalu selepas bernikah dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Bekas ratu kecantikan tersebut mengadakan majlis resepsi perkahwinan bersama bekas Yang Dipertuan Agong penuh gemilang secara tertutup di Moscow.

Pernikahan tersebut semakin dibualkan kerana Sultan Muhammad V turun takhta tak lama selepas berita ini tular. Setelah bernikah, Oksana pun hamil dan kini sudah melahirkan.

Oksana Voevodina disahkan telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Mei lalu. Hal tersebut baru terungkap setelah Oksana memuatnaik foto anak pertamanya itu di akaun Instagram. Dalam gambar tersebut, Oksana menampilkan foto kaki kecil sang bayi. Dia pun menuliskan mesej panjang mengenai kelahiran anak dari suami yang lebih tua 24 tahun tersebut.

“21 Mei 2019, hari ketika hidupku terbahagi menjadi ‘sebelum’ dan ‘sesudah’. Semua yang pernah dikatakan padaku mengenai perubahan wanita setelah melahirkan bayi adalah benar. Cinta ini istimewa. Perasaan ini benar-benar baru. Aku bersyukur pada Allah dan suamiku untuk anak kami. Sekarang ada tiga dari kami. Terima kasih telah memilih keluarga kami,” kata Oksana yang juga memuatnaik pesannya dengan bahasa Rusia.

Bayi lelaki Oksana pun diberi nama Tengku Ismail Leon Petra bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Sudah tentu Oksan merasa sangat lega dan bahagia dengan kelahiran si kecil mengingat sebelumnya dia sempat mengalami masa-masa sulit ketika kehamilan.

Menerusi gambar-gambar terbarunya di Instagram, Oksana terlihat cantik dan anggun tampil dengan busana berwarna putih. Oksana yang juga mengenakan hijab menutup sebahagian kepalanya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Foto ini turut mendapat pujian dari netizen juga pengikutnya.

Sumber: hangat & ig rihanapetra

Artikel berkaitan

Tahniah Oksana selamat lahirkan anak lelaki Sultan Kelantan

KUALA LUMPUR – Sebuah portal Rusia melaporkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menimang cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan bekas bintang realiti dan ratu cantik Rusia, Oksana Voevodina pada 21 Mei lepas.

Media itu mendakwa Oksana sendiri telah memuat naik berita tersebut di laman sosial Instagram baru-baru ini sambil melahirkan rasa teruja.

Portal Hand of Moscow itu, Oksana melahirkan rasa penghargaannya kerana baginda telah memilih dirinya sebagai suri hidup dan bayi lelaki ini telah melengkapkan kehidupannya.

“Saya cukup menghargai dan berterima kasih kepada suami saya dengan kehadiran bayi kami. Kini kami sudah bertiga. Terima kasih kerana memilih kami untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tuanku,” tulisnya dalam Instagram.

Sebelum ini, portal be­rita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.

Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai model peragaan di China dan Thailand.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana dan ia masih menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 pada 13 Disember 2016 sebelum meletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lepas.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) pada Oktober 2016, yang turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V menggantikan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 12 Disember 2016.

Mac lepas, sebanyak 10 keping gambar perkahwinan yang memaparkan imej Sultan Muhammad V kembali tersebar di platform media sosial, Instagram selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin semalam.

 

Gambar perkahwinan itu antara lain turut me­maparkan Sultan Muhammad V yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru sedang memotong kek bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Selain gambar memotong kek, jurugambar Rusia itu turut memuat naik beberapa keping gambar lain antaranya memaparkan aksi berpegangan tangan antara Sultan Muhammad V dan Voevodina selain potret bekas Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.

Sehingga kini, belum ada apa-apa berita rasmi yang mengesahkan laporan berhubung kelahiran ini. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette via kulihatlangitbiru

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here