Tiga tahun beraya ni, saya dah boleh buat ayam masak merah – Marsha Milan

366

Pada musim raya, pelbagai juadah yang dihidangkan buat tetamu datang beraya.

Bagi penyanyi Marsha Milan, 34, yang sudah masuk tahun ketiga beraya bersama suami, mengakui musim raya adalah detik menguji dirinya.

“Alhamdulillah, masuk tahun ketiga beraya ni, adalah waktu yang saya sibuk di dapur. Memang tidak menang tangan!

“Apa yang membuatkan saya gembira, saya sudah boleh masak ayam masak merah sendiri!

“Gulai ikan pun dah pandai tapi kadang-kala tengok Google bila terlupa,” ujar Marsha.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu turut memberitahu, dia beraya di Pulau Pinang bersama keluarga mertuanya.

“Raya kali ini saya dapat cuti selama lima hari.

“Malah sewaktu musim raya, bapa mertua memang tempah katering makanan terutamanya pada raya pertama hingga keempat.

“Tapi adalah juga kami masak kadang-kadang untuk tetamu yang datang beraya,” jelas Marsha.

Marsha Milan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam, seorang ahli perniagaan pada Disember 2015.

VIDEO:

– MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here