Lepasi trimester kedua, Azrinaz kini hamil enam bulan

529

Personaliti terkenal tanah air, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan kini hamil enam bulan menerusi kemas kini terbaharu dalam laman Instagram miliknya.

“Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham

“Di kesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telah pun melepasi trimester ke-2.

“Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi. Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3,” luahnya.

Azrinaz juga mendedahkan kehamilan tersebut bukan mudah baginya kerana hamil pada usianya yang kini menjengah 40 tahun.

Justeru Azrinaz memohon orang ramai agar turut mendoakan kesihatannya bersama bayi dalam kandungan supaya menjalani proses kehamilan dengan baik.

“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, saya akui tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.

“Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,” kongsinya kepada umum.

Azrinaz yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkahwin dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Terdahulu beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin pada 2005 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

Tahniah Azrinaz dan suami, semoga proses kehamilan dipermudahkan dan bersalin dengan selamat nanti. – MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here