“Ni Semua Salah Ayah!” Abang Dedah Kisah Sebenar Adik Kuat Drama Menangis Di Pagi Raya Tarik Perhatian Netizen

332

SEBUAH video yang tular mengenai seorang anak bersalaman dengan bapanya pada Hari Raya mengejvtkan netizen sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

Ada yang menganggap ia lucu, malah segelintirnya menggambarkannya seperti adegan filem Anakku Sazali lakonan Tan Sri P. Ramlee yang mengisahkan seorang anak derh4ka dengan bapanya.

Video tersebut menunjukkan seorang anak kecil yang menangis teresak-esak semasa bersalaman dengan bapanya semasa hari lebaran.

“Ini semua salah ayah!,” jerit budak berbaju Melayu sambil menunding jari ke arah bapanya sebelum beredar.

Abang kepada kanak-kanak itu, Muhamad Firdaus Abd Rahman, 23, menjelaskan video yang baru tular itu sebenarnya dirakamkan pada Hari Raya pertama dua tahun lalu.

Muhamad Firdaus memberitahu, adik lelakinya Mohamad Faris yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik, ketika itu baru berusia empat tahun.

Jelasnya, video itu sebelum ni hanya dikongsi dalam kalangan keluarga dan saudara terdekat, tetapi ia menjadi tular selepas dikongsi semula.

“Ramai yang terkejut dengan tindakan adik saya meninggikan suara kepada ayah sehingga menggelarkannya macam-macam termasuk watak Anakku Sazali.

“Sebenarnya, adik menangis bila tengok kami adik-beradik menangis semasa bersalam minta maaf dengan mak dan ayah di rumah keluarga kami. Bila tiba giliran dia untuk bersalam, dia masih menangis.

“Mula-mula ayah tanya kenapa menangis, dia tak jawab dan terus menangis. Bila ayah tanya lagi kenapa, terus dia cakap semua salah ayah sebab ayah buatkan dia menangis tengok kami adik-beradik menangis,” katanya kepada mStar.

Muhamad Firdaus mendedahkan adiknya yang lebih mesra dengan panggilan Aish dalam kalangan keluarga sebenarnya seorang yang mudah sensitif.

“Dia bukan saja cepat sensitif, kuat ‘drama’ pun ya juga. Kalau tengok cerita sedih kat TV, dia terus menangis beria-ria.

Dia bukan saja cepat sensitif, kuat ‘drama’ pun ya juga. Kalau tengok cerita sedih kat TV, dia terus menangis beria-ria.

MUHAMAD FIRDAUS

“Ayah dan mak tahu pasal video adik yang baru tular tu. Mereka ketawa saja sebab tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik video tu,” katanya.

Menurutnya, kisah Mohamad Faris yang menangis pada Hari Raya dua tahun lalu menjadi bahan gurauan pada Hari Raya tahun lalu di rumah nenek mereka.

“Kami dan saudara-mara menyakat dia masa bersalam dengan nenek sebelah ibu. Bila ramai-ramai gelak, dia kemudian menangis dan merajuk kata ‘tak nak raya lagi’ sampai duit raya pun tak nak ambil,” katanya secara berseloroh.

Bagaimanapun, Mohamad Faris yang kini berusia enam tahun dan mengikuti kelas prasekolah di Kulai, Johor tidak lagi menangis pada 1 Syawal tahun ini.

Muhamad Firdaus berkata, ini kerana ketika bermaafan sempena Hari Raya itu, adiknya tidak turut serta di ruang tamu bersama mereka sekeluarga.

“Jadi, dia tak nampak kami semua menangis masa salam dengan ayah dan mak. Mood dia okay kali ni. Tapi di pagi raya pun masih nak berdrama.

“Masa dia datang salam tangan dan c1um mak, dia siap kata air liur ke sedangkan tu air mata mak kat pipi sebab baru lepas menangis. Adik dengan kuat dramanya memang tak boleh dipisahkan,” katanya.

Video :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Berita Steady Media

 

 

Sumber : mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here