“Lepas Marah, Kemudian Dia Teguur Baik-baik” – Isteri Imbau Memori Manis Bersama A Rahman Hassan

1783

PERGINYA seorang lagi bintang! Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan telah selamat dikebumlkan di Tanah Perkvburan Islam Taman Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bercerita mengenai sisi peribadi Allahyarham, isterinya Datin Fadilah Mansor dan anak, Khir Rahman menyifatkan arw@h sebagai seorang individu yang sangat penyabar!

HASRAT Allahyarham Datuk A Rahman Hassan untuk mengumpulkan semua ahli keluarga sempena sambutan hari ulang tahun salah seorang cucunya tidak kesampaian.

Menurut anaknya yang juga pelakon Khir Rahman, Allahyarham meluahkan hasrat itu semasa meraikan Aidilfitri bersama anak dan cucu-cucunya baru-baru ini.

“Semasa kami beraya bersama, dia beritahu kepada seorang cucunya bernama Irwanshah Khairulazmi nak buat majlis hari jadi di rumahnya pada 13 Jun.

“Perbualan bersahaja itu mengingatkan saya bahawa kata-katanya itu sebagai petanda dia nak jumpa kami semua di sini buat kali terakhir.

“Dia tak ada menunjukkan sebarang perubahan, semasa beraya pun makan berselera, semua sama saja seperti hari-hari biasa,” katanya.

Dalam pada itu bercerita mengenai arw@h, Khir berkata bapanya seorang yang sangat menitikberatkan mengenai bahasa dan budaya.

Kata Khir, arw@h turut menjaga soal penggunaan bahasa Melayu dan sentiasa menerapkan budaya sopan-santun sesama manusia.

Khir reda dengan pemergian bapanya.

“Dia orang bahasa, bila dia tengok bahasa Melayu dirojakkan dan dituturkan tanpa penggunaan yang betul… hancur hatinya.

“Tak kisahlah bahasa dalam lagu atau perbualan, dia sangat jaga mengenai perkara itu.

“Saya masih ingat pesanannya untuk jaga bahasa dan sentiasa mengawal budaya dan kelakuan sebagai anak seni,” katanya.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham ialah Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir, Fauziah Nawi, dan Zed Zaidi.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketepi.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here