“Allahuakhbar….memang Syawal tahun ini Syawal yang sedih buat saya dan keluarga” – Dayah Bakar

1253

Tahun ini, kemeriahan Syawal bagaikan tidak lengkap buat pengacara Dayah Bakar.

Tidak pernah menyangka perkara sedih ini berlaku pada bulan yang mulia Ramadan, Dayah kehilangan pakcik kesayangannya.

“Allahuakhbar….memang Syawal tahun ini Syawal yang s3dih buat saya dan keluarga, apabila pakcik tersayang kembali menemui Sang Pencipta.

“Dia meningg4l dunia beberapa sebelum Ramadan . Kej4diannya berlaku saat dia melakukan aktiviti berbasikal.“Namun tiba-tiba dia pengs4n . Memang sangat terasa kehilangan sebab kami sekeluarga sangat rapat dengan Acu,” kata Dayah kepada MHE TV.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Innalillahiwainnailaihiraji’un ❤️Acu ❤️ Sungguh, tak tahu apa yang nak ditulis . Pagi tadi, Dayah berborak dgn mak , mak cakap bila nak bulan puasa ni selalunya banyak berita orang meninggal . 5 minit lepas tu, dengar mak menjerit “ Acu dah tak ada” . Lama untuk Dayah cuba hadam , “ Kenapa mak ? “ Acu mana “ , “ apa ni , kenapa”, “ acu mana? “ ( dan Dayah dengar suara Tok menangis) .Dalam keadaan hati yang teramat sedih, mata bengkak ,still Dayah kena lunaskan tugasan tengahari tadi . I put my best smile like nothing happened . Masuk sahaja kereta , terus sambung menangis sampailah ke rumah Tok, dan tengok orang ramai2 di luar rumah , katanya jenazah Acu dah sampai dari hospital . As I walked in, dan lihat acu dah dikafankan, tapi masih sempat untuk ciuman terakhir . Allah 😭 Pemergian pakcik sedaraku yang amat disayangi. Pakcik bongsu dari keluarga ibuku . Yang sentiasa tersenyum, yang sentiasa tenang , yang sentiasa happy go lucky , yang paling tidak pernah tunjuk bila stress/ada masalah/ sedih, yang sentiasa menyenangkan , yang baik hati dan budiman , yang sentiasa tidak pernah berkira dan selalu memberi , yang sentiasa berbakti untuk adik-beradik dan keluarga , yang sentiasa menjaga tok, yang sentiasa disayangi .Kasihnya Acu pada Tok, acu sampai ke hari ini masih tidur sebilik dgn Tok , tidur dibawah berbentang tilam walaupun punya katil empuk di bilik sendiri . Acu tak sempat bertemu jodoh, dan sepanjang kehidupan berbakti dan memanjakan tok, sehingga nafas terakhirnya . 😭 Sesungguhnya , kita tak tahu bila ajal kita dan bagaimana kita akan pergi . Dari Dia kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali . Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman . We will always love you Tochu . We will miss you . Semoga bertemu di Jannah, in sha Allah ❤️😢

A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, memberitahu arw4h pakciknya, Azhan atau dipanggil Acu, 57, di kalangan keluarga, seorang yang sihat dan sangat aktif.

“Apa yang saya sedih sekali, Tok sayalah yang paling terasa dengan kehilangan Acu. Sebabnya arw4h Aculah hidup menjaga Tok sampai ke akhir hayatnya.“Arw4h Acu belum berkahwin. Dan bayangkanlah seluruh hidupnya memang berbakti untuk Tok dan keluarganya,” ujar

Dayah.Sesungguhnya, kita tidak tahu bila ajal kita datang menjemput dan bagaimana kita akan pergi.Dari Dia kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.

Semoga arw4h Acu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. -MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MHETV

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here