“Berderau D4rah Beb” – Langsuir Tiba-tiba Muncul Di Pentas MeleTOP

679

Terbaru, ketika penggambaran MeleTOP minggu ini, pelakon filem Langsuir yang bakal ditayangkan tidak lama lagi telah dijemput ke program untuk ditemubual.Namun, pengacara Neelofa dan Nabil Ahmad tidak diberitahu mengenai gimik yang akan dibuat oleh mereka iaitu dengan mematikan lampu di set penggambaran. 

Keadaan jadi sedikit kelam kabut apabila muncul seorang wanita berpakaian seperti hantu dan membuatkan Neelofa berdiri kerana panik.

VIDEO :

Neelofa,Nabil tarik diri pencalonan Top 5 AME2019

Pasangan Nabil Ahmad dan Neelofa Mohd Nor mengambil keputusan untuk menarik diri daripada setiap percalonan yang diterima mereka dalam acara Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019).

Keputusan itu dibuat oleh Nabil dan Neelofa kerana ingin memberi ruang kepada selebriti lain meraih anugerah dalam acara terbitan Astro itu.

Menurut Neelofa, sebelum membuat keputusan itu, dia dan Nabil terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak stesen televisyen.

“Saya dan Nabil sudah berbincang terlebih dahulu bersama pihak pengurusan dan inilah masa terbaik untuk kami mengundur diri daripada pencalonan,” katanya dalam sidang media Top5 pencalonan Meletop pada Selasa.

Dalam masa sama, Neelofa menegaskan, keputusan menarik diri daripada dicalonkan dalam AME2019 bukan gimik murahan.

Meskipun menarik diri daripada setiap pencalonan AME2019, Nabil dan Neelofa tetap akan menjadi pengacara buat anugerah berprestij itu.

AME2019 juga akan dimeriahkan dengan kehadiran seorang lagi pengacara terkenal, Jihan Muse.

Sementara itu, peminat-peminat boleh membuat undian menerusi laman web ‘AME 2019’ serta melalui kiriman SMS bermula 19 Mac  jam 6 petang sehingga 21 April ini pukul 12 tengah hari

Anugerah Meletop Era akan berlangsung di Axiata Arena,Bukit Jalil pada 21 April ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami 

Sumber : Instagram MeleTOP

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here