“Jericho ni makin handsome…”- Siapa Sangka Pelakon Pangako Sa Yo Masih ‘Helok’ Walaupun Dah 39 Tahun

1932

 

Masih ingat lagi tak dengan pelakon yang digil4i ramai remaja suatu ketika dulu? Jericho Rosales mula dikenali ramai peminatnya di Malaysia sejak drama Pangako Sa Yo lakonannya sekitar tahun 2000 hingga 2002 mendapat sambutan.

Sumber: Blog

Ketika itu, dia lebih dikenali dengan nama ‘Angelo’ iaitu nama watak dia dalam drama tu. Tak lama lepas tu, lakonan dia dalam drama Sanay Wala Nang Wakas pula mendapat sambutan pada tahun 2003 hingga 2004. Lebih memberi impak, gandingan Jericho bersama Kristine Hermosa sangat diminati kerana chemistry antara mereka beruda. Admin dulu siap harap dorang kahwin betul betul 😂

Sumber: Blog

Tapi, jangan terkejut! Hero gegadis dulu ni masih ‘helok’ selepas 19 tahun! Kalau nak tahu, Jericho kini dah berusia 39 tahun, dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

 

Karier bermula lepas menang Mr Pogi 1996

Pada usia 17 tahun Jericho menambat hati ramai selepas memenangi pertandingan Mr Pogi (“Hensem”).

Sumber: Youtube
Sumber: GMA

 

Mula mendapat perhatian selepas Pangako Sa Yo

Selepas membintangi Pangako Sayo, Jericho berjaya menarik hati ramai peminat dia bukan saja dari Filipina dan Malaysia tapi juga negara Asia, Afrika dan Latin sebab drama popular tu ditayangkan di stesen televisyen di sana.

 

Dikaitkan dengan seorang wanita, ada anak bersama

Pada tahun 2000, Jericho dikaitkan dengan bekas model, Kai Palomares dan mereka berdua mempunyai anak bersama yang dinamakan Santino Rosales.

Sumber: Good Network

 

Berkahwin pada tahun 2014

Jericho sah menjadi suami kepada Kim Jones di upacara perkahwinan mereka yang bertemakan ‘beach wedding’ di Boracay, Filipina.

Sumber: ABS CBN
Sumber: Philippine News

Sehingga kini, pasangan itu mengaku masih belum bersedia untuk mempunyai anak meskipun selepas 5 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram

 

Jericho dan anaknya

Sumber: ABS CBN

Santino Rosales atau lebih mesra dipanggil Saint kini sudah berusia 19 tahun dan mula mendapat perhatian apatah lagi dengan status dia sebagai ‘anak Jericho’. Saint merupakan seorang atlet dan juga model profesional selepas dilatih dan menjadi ahli Professional Models Association of the Philippines (PMAP).

Sumber: Instagram

Selain model, Saint juga aktif dalam sukan bola sepak dan aktif berlatih dengan Kaya Futbol Club di Makati. Pernah kena reject dalam pemilihan pemain bola sepak di sekolah tapi Saint tidak berputus asa.

Saya seorang yang melihat kegagalan itu sebagai peluang untuk menyedari kesilapan saya dan menjadi lebih baik. Saya betulkan kesilapan, kegagalan pada saya sangat penting untuk kita berjaya.”

Sumber: Instagram

 

Jericho, masih ‘maintain‘ di usia 39 tahun

Sumber: Instagram

Meskipun selepas 19 tahun Pangako Sa Yo, ramai netizen cakap wajah Jericho tak dimamah usia dan masih sama je! Ibarat macam tak tau lah dia ni. Ishhh!

Jericho Rosales ni dari zaman sekolah aku layan Pangako Sa Yo sampai sekarang sama je tak tua ke?”

Sumber: Instagram

Siap ada netizen cakap dia ni ibarat ‘vampire’ sebab walaupun umur meningkat tapi rupa tetap maintain je. Kira ramailah terpegun yang dia masih ‘helok’ di usia 39 tahun.

Sumber: Instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobakmerah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here