Taj4m! Kata-kata Faizal Tahir Buat Wanita Ini Menangis

601

Salah seorang pengunjung Fiesta MED, Shahida Ariffin sebak dan terharu mendengar perkongsian pengalaman yang disampaikan penyanyi popular, Faizal Tahir.

Seorang wanita, Norshahida Ariffin tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika penyanyi terkenal, Faizal Tahir berkongsi kisah dirinya sebelum bergelar seorang artis.

Faizal tampil sebagai salah seorang jemputan pada sesi bersama selebriti di Fiesta MED yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), petang tadi.

Ketika ditemui MHE TV, wanita berusia 31 tahun ini berkata, dia sebenarnya tersentuh apabila Faizal memberikan mutiara kata supaya jangan mudah berputus asa.

“Saya pernah melalui saat jatuh dan melalui pengalaman pahit dalam dunia perniagaan kek dan roti yang saya usahakan.

“Jadi saya bertanya bagaimana abang Faizal yang dilihat begitu kuat semangat dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan.

“Apabila abang Faizal memberikan kata-kata semangat, tanpa sedar air mata saya jatuh kerana apa yang dikatakannya kena dengan situasi yang pernah berlaku pada diri saya, katanya.

Faizal tampil sebagai salah seorang jemputan pada sesi bersama selebriti di Fiesta MED yang berlangsung di MITC.

Namun setelah mendengar nasihat Faizal, ibu kepada dua cahaya mata ini mengaku mendapat suuntikan semangat dan secara tidak langsung membuat dia mahu terus berusaha untuk meneruskan perniagaannya.

“Antara kata-kata Faizal tadi yang akan saya pegang, kita harus berada dalam lingkungan orang-orang sekeliling dan jangan takut tetapi perlu yakin dengan diri sendiri.

Faizal Tahir

“Nasihat itu memberi inspirasi dan semangat untuk saya dan membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan usaha memajukan perniagaan saya,” tuturnya.

Sementara itu, pada pukul 8 malam ini akan berlangsung forum agama Perniagaan Satu Perjuangan- Rasululah Ikon Usahawan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Akhil Hayy di pentas utama.

Manakala esok bermula pukul 8 pagi, Fiesta MED 2019: Usahawan Wira Ekonomi akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Zumba Aloha Melaka, Karaoke Terbuka, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan band dan pertandingan Gusti Lengan Mr. Melaka dan banyak lagi.

Berlangsung sehingga Ahad ini, Fiesta MED anjuran MHE dengan kerjasama MED turut disertai semua agensi di bawah MED antaranya TEKUN National, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKN), Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, PROTEGE, MAGIC, Institut Latihan Keusawanan Negara (INSKEN) dan UDA Holdings. – MHE TV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Sumber  : MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here