“Masa Ni Saya Dah Pandang Dah Jodoh Saya.. Tapi Dia Tak Pandang saya pun ,” – Fattah Amin

1610

“Kalau dah jodoh tak kemana,”, Itulah ungkapan sesuai buat pasangan popular Fattzura (Fattah Amin dan Nur Fazura) yang sentiasa ceria bersama.

Menariknya, Fattah telah memuat naik foto di Instagram yang melihatkan satu babak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan isteri tercintanya. 

“Masa ni saya dah pandang dah jodoh sy.. Tapi dia tak pndang sy pun @missfazura.. #jodohrahsiaAllah #jodohpastibertemu,” tulis Fattah di ruangan kapsyen.

Gambar tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka (likes) dan pastinya netizen telah memberikan pelbagai jenis komen menerusi gambar itu.

KOMEN NETIZEN :

Jodoh depan mata je rupanya

Malu-malu tapi mahu pura-pura buat tak tahu

manisnya cinta di cappadocia

sweet la Kak Faz nie.. Malu2 tue slalunya mmg jodoh..

So shomelnya uols.. Kami semua doakan berjodoh ke Syurga bersama-sama.

Lantas, Fazura turut memberi komen terhadap gambar tersebut. 

“Nak pandang malu.. nanti takut terjatuh cinta, awak pula tak mahu,” balas Fazura. 

Mereka mula digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC) lalu timbulnya bibit-bibit percintaan antara pasangan merpati dua sejoli ini. 

Apa-apa pun, kami doakan semoga kalian kekal bahagia hingga Jannah dan sentiasa sukses dalam apa jua bidang! 

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Berita Steady

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @BeritaSteady

Sumber : IG Fattah Amin via geng joyah

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here