Remy Ishak Tidak Letak Harapan Tapi ‘Tak Sangka Jumpa Semula’!

735

KUALA LUMPUR: Pelakon, Remy Ishak, menghela nafas lega apabila kamera berteknologi tinggi miliknya yang tertinggal di lapangan terbang Sapporo Chitose, Jepun, berjaya ditemui.

Remy berkata, pada mulanya dia tidak meletakkan harapan untuk mendapatkan semula kamera terbabit. “Saya menyedari kehilangan kamera berkenaan sewaktu hendak menyunting video yang sudah dirakamkan selepas pulang ke tanah air.

“Hendak dijadikan cerita, kamera itu berada bersama saya sepanjang masa di sana. Tentunya saya terkilan kerana memori ketika berada di Jepun tidak dapat ditukar ganti. Pemandangan di sana indah sekali.

“Apabila berkongsi mengenai kehilangan kamera itu di Instagram, semalam, ramai yang tampil memberikan cadangan, selain berkongsi pengalaman masing-masing ketika berdepan situasi sama. Alhamdulillah, rezeki saya untuk terus mengabdikan kenangan bersama kamera itu,” katanya.

Pelakon itu turut berkongsi berita gembira berkenaan di laman sosi4lnya, beberapa jam lalu. REMY dan Mira ketika berada di Hokkaido, Jepun, untuk menjayakan kempen sebuah jenama terkemuka.

Foto Instagram Remy Ishak

Selain peminat, pelakon gandingannya dalam beberapa drama dan filem, Mira Filzah, turut berkongsi rasa sedih dengan kehilangan kamera yang sempat digunakan bagi merakamkan video serta gambar ketika menjayakan kempen sebuah produk di Hokkaido itu.

Kamera Osmo Pocket menjadi sebahagian gaya hidup terkini warganet kerana teknologinya yang tinggi dan dipersembahkan dalam bentuk ringkas serta ringan. Sumber bharian

Artikel berkaitan ‘Mira Filzah, Remy Ishak: Kami okay sahaja’

PELAKON, Mira Filzah, tidak menolak sekiranya terus ditawarkan lagi untuk berlakon di samping aktor Remy Ishak. Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, percaya penonton mahu melihat mereka berlakon bersama.

“Kalau penonton mahu melihat kami berlakon bersama-sama lagi tak ada masalah, malah kami OK sahaja. Asalkan ada permintaan daripada penonton.

“Tetapi, saya nak juga bekerjasama dengan pelakon lain, lain orang lain cara. Mungkin banyak lagi cara lakonan yang saya boleh belajar dengan pelakon lain,” ujarnya.

Mira yang ditemui pada sidang media Anugerah MeleTOP ERA 2019 berkata, antara pelakon lelaki lain ialah Redza Minhat. “Bagi saya dia seorang yang ada karisma dan aura tersendiri.

“Saya mula mengikuti perkembangan dan lakonannya bermula filem Pisau Cukur. Watak dia memikat hati penonton,” jelas pelakon wanita Lelaki Kiriman Tuhan itu.

Pada AME2019 lalu, drama terbitan Zeel Production dan arahan Rashid Sibir iaitu, Lelaki Kiriman Tuhan dinobatkan sebagai Drama MeleTOP. Sumber sinar harian

Post Views: 42

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here