A. Aida Bercer4i Sebab Duit Atau Cemburu? Ini Pengakuan Mengejvt A. Aida

1088

Menolak dakwaan duit sebagai punca dirinya bercer4i buat kali keempat, penerbit, Datuk A. Aida, 49, menjelaskan sebagai seorang wanita yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan, dia hanya mendambakan cinta dan kasih sayang dalam hubungan termasuk perkahwinannya dengan Ariff Aziz.

“Saya sudah mempunyai semuanya. Apa yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang.

“Saya tidak kisah soal harta atau kerja apa,” katanya dalam satu sidang akhbar bagi memberitahu tentang percer4ian tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Melihat tempoh perkenalan yang singkat juga sebagai sebab dia gagal meneruskan perkahwinan tesebut, A. Aida dalam masa yang sama juga tidak melihat ada peluang kedua untuk dia dan Ariff kembali bersatu.

“Saya tidak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa jadi tidak sempat untuk mengenali dia.

“Saya bahagia dengan keputusan untuk bercer4i ini. Jadi tidak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi,” kata produser jutawan ini lagi.

Tidak mampu untuk menahan warganet daripada terus mengeluarkan kata-kata hin4an ke atas dirinya melalui kontr0versi ini, penerbit drama Andainya Takdir ini sentiasa reda dengan jalan hidupnya.

“Saya reda dengan apa yang berlaku seperti yang dikatakan tadi, aj4l dan jodoh semuanya di tangan Allah.

“Sama seperti mereka di luar sana, siapa yang mahukan percer4ian dalam perkahwinan yang dibina.

“Fokus saya selepas ini hanya untuk perniagaan sahaja,” katanya.

A. Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat bagi produser tersebut dan yang pertama bagi Ariff.

Sumber : MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here