Trag3di rumah terbuka, habis berkecai pinggan pusaka arwah nenek “Ayah sebak nak menangis… tapi jangan serik datang lagi”

1120

HATI siapa yang tak panas kalau barang peribadi yang mempunyai nilai sentimental dirosakkan oleh anak tetamu yang berkunjung ke rumah sempena Hari Raya.

Lagi panas sekiranya ibu bapa mengambil sikap lepas tangan, membiarkan anak-anak mereka berlari di rumah terbuka yang sering berlaku setiap kali tibanya Syawal.

“Pinggan pusaka arwah nenek bagi kat my dad (ayah), dah pecah oleh anak tetamu yang hadir pada hari ini. Syabas parents (mak ayah kanak-kanak itu),” menurut satu perkongsian mengenai siri terbaharu ‘tragedi’ rumah terbuka, di laman sosial Twitter sehingga menjadi tular.

Noor Shakina Ismail berkata, kejadian berlaku ketika rumah terbuka Hari Raya yang dihadiri kenalan bapanya di kediaman mereka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Perkongsian Shakina di laman sosial mengenai pinggan pusaka arwah neneknya.

Gadis berusia 24 itu memberitahu, sebelum kejadian anak tetamu berlari masuk ke rumahnya manakala ibu bapa kanak-kanak itu sedang bersalaman dengan ibu bapanya.

“Seorang anak tetamu tu kemudian tiba-tiba tersadung dan terkena kaki besi yang menampung hiasan pinggan di ruang tamu, sebelum pinggan tu jatuh pecah.

“Pinggan tu besar dan berat, jadi bila jatuh bunyinya kuat macam dibaling. Baru lima minit pertama masuk rumah dah pecah berkecai pinggan tu. Semua terkejut dan keadaan ketika itu sunyi sepi,” katanya kepada mStar.

Pinggan pecah berkecai selepas kaki besi yang menampungnya terbalik.

Lebih mesra dengan panggilan Shakina, dia dapat melihat reaksi wajah bapanya bertukar sekelip mata yang sebak seperti mahu menangis.

“Ayah tiba-tiba senyap, nampak muka dia sebak macam nak menangis. Tapi ayah tak marah cuma kata ‘tak apalah, budak-budak’ dan lepas tu ayah buat macam biasa.

“Ayah cuba mengawal perasaannya dan menghormati tetamu. Sebagai anak, saya tahu ayah sedih sebab tu pinggan pusaka pemberian arwah nenek,” ujarnya.

Shakina dan keluarganya cuba mencantumkan semula pinggan yang pecah.

Shakini yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu memberitahu, pinggan tersebut berusia 150 tahun yang diberikan arwah neneknya kepada bapanya.

 

Ayah tiba-tiba senyap, nampak muka dia sebak macam nak menangis. Tapi ayah tak marah cuma kata ‘tak apalah, budak-budak’ dan lepas tu ayah buat macam biasa.

SHAKINA

“Ia diberikan kepada ayah secara turun-temurun daripada moyang, sehingga kepada ayah yang merupakan anak sulung,” katanya sambil menambah bahawa pinggan tersebut diletakkan di ruang tamu bagi memudahkan ia dilihat bapanya sepanjang masa.

Shakina menunjukkan pinggan yang dicantumkan buat sementara waktu sebelum digam.

Menyedari bapanya bersedih akibat pinggan kesayangan yang pecah berkecai itu, Shakina dan adik-beradiknya memujuk dengan mencari penyelesaian yang terbaik.

“Saya cuba pujuk ayah, jangan risau sebab pinggan tu pecah berkecai dengan kepingan besar. Jadi, ada cara untuk mencantumkannya semula.

“Di peringkat awal kami mencantumkan menggunakan pelekat terlebih dahulu sebelum menggunakan gam yang bersesuaian dengan bahan seramik,” katanya sambil menambah pinggan tersebut akan dibingkaikan untuk penjagaan yang lebih baik.

Shakina bagaimanapun meminta semua pihak tidak mencemuh tetamu berkenaan kerana mereka sekeluarga telah memohon maaf di atas perkara yang berlaku, dan hubungan kedua-dua keluarga adalah baik seperti biasa.

Shakina (tengah) bersama ibu dan bapanya.

Berbeza dengan pelbagai tragedi rumah terbuka akibat kenakalan kanak-kanak, Shakina menyifatkan bapanya seorang yang profesional dan rasional.

“Sudah tentu ayah amat sayangkan pinggan pemberian arwah ibunya dan sedih apabila pinggan tu pecah. Tapi ayah tak melatah, tak marah dan masih boleh bertenang.

“Malah, ayah mempelawa tetamu dan anaknya untuk datang lagi berkunjung ke rumah kami. Ayah kata jangan serik, cuma perlu lebih berhati-hati lain kali,” katanya.

Sumber : Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here