Diambil Daripada Kisar Benar, Filem ‘Makmum’ Boleh Buat Anda F0bia Solat Dalam Gelap

1367

Sebuah filem ser4m terbaru dari Indonesia bertajuk ‘Makmum The Movie’ bakal menghantui anda terutamanya ketika anda solat seorang diri.

Filem ini mula mendapat perhatian apabila trailernya yang berdurasi hampir satu minit itu tular di media sosial.

Trailer tersebut menunjukkan pelakon Titi Kamal yang sedang menunaikan solat Magrib terhenti apabila pintu di ruang solat tiba-tiba terbuka.

Dia kemudiannya pergi ke depan pintu untuk melihat siapa yang buka namun tidak melihat sesiapa pun.

Dia kembali menunaikan solat namun ketika mengangkat takbir, ada suara yang mengikutinya dari belakang.

Dia kemudian resah dan ketakutan kerana memikirkan hanya dia seorang sahaja yang berada di ruang solat itu.

Biarpun trailernya ringkas sahaja, namun ia mampu membuatkan bulu roma merenang dan mungkin, anda bakal fobia untuk menunaikan solat di ruangan yang gelap.

Filem yang diadaptasi daripada sebuah filem pendek arahan Riza Pahlevi ini diangkat daripada sebuah kisah benar.

Walaupun masih belum Tarikh bilakan filem ini akan memasuki Malaysia, pastinya ramai yang ternanti-nantikan debaran filem ini.

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here