“Awesome, Saya Suka Jadi Janda” Rupanya Dah Lama A. Aida Berpisah

758

“Siapa yang kahwin nak bercer4i berai?” begitulah luahan hati produser dan pelakon Datuk A Aida ketika ditanya mengenai perkahwinannya bersama aktor Ariff Aziz yang hanya bertahan selama 10 bulan.

Memohon doa yang baik-baik, A Aida menerima jodohnya dengan Ariff telahpun ternoktah.

“Jadi janda? Awesome. Saya suka apabila kembali solo. Tiada siapa mahu mengongkong dan melarang. Lagi pun saya seorang ahli perniagaan yang sentiasa sibuk.

“Tetapi, sebenarnya, sudah tiada jodoh antara kami. Saya menerima jodoh saya dan dia hanya sampai di situ sahaja dan saya reda. 

“Perkara yang melibatkan aj4l, jodoh dan pertemuan semuanya adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui,” katanya.

Ketika ditanya bagaimanakan dia terus kukuh menyembunyikan badai yang melanda rumah tangganya biarpun kini ramai pihak yang memilih untuk berkongsi masalah di laman sosial, A Aida mempunyai jawapan tersendiri.

“Sebelum saya mengadakan sidang media, memang saya simpan rapi kisah ini dan tidak menghebahkannya. Kami sudah tidak tinggal sebumbung pada 21 Mac dan berpisah pada 25 April.

“Hanya hari ini (18 Mac lalu) baru saya maklumkan kepada umum. Sebenarnya banyak di laman sosial, kawan-kawan dan peminat bertanya perihal dia, manakah suami dan sebagainya.

“Saya hanya mendiamkan sahaja. Lagipun saya fikir, ketika kami berpisah, bulan puasa semakin mengampiri, jadi sepanjang bulan Ramadan, biarlah semua memberikan fokus terhadap amal ibadah,” katanya lagi.

A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 48, dan Ariff atau nama sebenarnya, Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, berpisah dengan baik di Mahk4mah Rendah Syariah, Gombak Timur pada 25 April lalu. 

A Aida dan Ariff mula mengenali hati budi masing-masing semenjak 2015 ketika menjalinkan kerjasama dalam beberapa projek drama terbitan syarikat produksi A Aida, A Aida Productions.

Mereka bernikah pada 21 Julai 2018 dengan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran bernilai RM20,000.

Ini adalah perkahwinan keempat buat A Aida. Sebelum ini, A Aida pernah melalui episod duk4 perkahwinan dengan Ameng Spring dan dua individu lain.

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here