Ibu Mawi Telah Pergi Mengadap Illahi, Al-Fatihah

4009

Ibu kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ramlah Sarlan telah pergi mengadap Illahi, malam tadi.

Berita sedih itu turut dikongsi Instagram rasmi stesen radio Zayan, beberapa jam lalu.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga @cahayaasmawi atas kehilangan ibu tercinta yang telah kembali kerahmatullah maghrib tadi. Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kongsi Zayan.

Malah, Mawi turut berkongsi kembali dedikasi dan doa buat Allahyarmah dari peminat menerusi Insta Stories miliknya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berduk4 cita atas kehilangan ibu tercinta.

PENYANYI Mawi yang juga penyampai radio Zayan FM kehilangan ibu tercinta iaitu Ramlah Sarlan yang meningg4l dunia pada waktu Maghrib, Khamis.

Berita itu disahkan oleh isteri penyanyi itu, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin.

“Innalillahiwainahilahirojiun… Buat Ibu mertua saya Ramlah Sarlan yang telah kembali ke rahmatullah Maghrib tadi… Al-fatihah,” kata Ekin dalam status Facebook miliknya.

Dalam pada itu Ekin berkata, minggu lalu mereka sekeluarga berkampung di hospital untuk memantau keadaan Ramlah dan wanita itu dilihat kuat walaupun dalam keadaan lemah.

Ekin bersama anaknya, Cahaya Malaika ketika menziarahi Ramlah di h0spital. Foto: Facebook Ekin.

“Minggu lepas kita semua berkampung kat hospital. Walaupun keadaan mak lemah betul tapi mak kuat dan cekal, tak penah pun dengar mak mengeluh ke complain ke… Fuh betapa hebatnya Mak… Dah tiba masanya untuk mak berehat.

“Semoga Mak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin yarabal Alamin,” katanya.

Ramlah berumur 73 tahun.

Jenaz4h dijadulal dikebvvmikan di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada Khamis.

Foto: Instagram Mawi

Sumber : Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here