“Saya rasa yang ini dah campak banyak kali” – Netizen Terbahak Tengok Fouziah Gous Tunjuk Dem0 ‘Pinggan Susah Pecah’ Tak Jadi

2551

Menggunakan kaedah TV Homeshopping merupakan salah satu taktik untuk memujuk pengguna untuk beli sesuatu produk itu. Melalui saluran inilah mereka akan tunjuk dem0 untuk meyakinkan kesahihan barang tersebut.

Tapi langit tak selalu cerah, kadang-kadang dem0 tu tak semestinya menjadi. Mesti awkward bila kita pujuk beriya-iya tapi bila nak buktikan nampak macam dusta. Contohnya macam program Go Shop baru-baru ni.

“Saya rasa yang ini dah campak banyak kali, saya minta maaf” – Fouziah Gous

Viral di Twitter apabila satu keratan video daripada program tersebut memaparkan host Fouziah Gous bersama Syakirin sedang mempromosikan pinggan mewah berjenama secara langsung.

Dalam video tersebut kelihatan Fouziah Gous sedang menerangkan bahawa pinggan tersebut jenis lasak dan susah pecah,tapi bila tunjuk dem0…hmm korang tengok lah, siapa gelak dia d0sa

VIDEO:

Selepas pinggan tu dah berkecai riak wajah Fouziah seolah-olah awkward kemudian meyakinkan pengguna bahawa pinggan itu dia dah cuba pinggan tersebut dan sebab itu lah pecah.

Hampir 14,000 netizen yang retweets video ini rasa terhibur melihat gelagat mereka ni.

 

Sebelum ini ada kes yang pengacara tengah dok syok buat dem0 pasal periuk tiba-tiba pecah masa live.

Kredit: Lobakmerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here