Selamat tiba di Malaysia, fesyen ‘santai sangat’ Park Shin Hye curi perhatian

498

Aktres sensasi Korea, Park Shin Hye selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketibaan Shin Hye, 29, yang juga popular dengan jolokon oleh masyarakat negaranya sebagai ‘Nation Little Sister’ ini, disambut puluhan peminat malah ada yang telah menanti sejak dari petang lagi.

Kali kedua berkunjung ke Malaysia, pelakon drama hits, Memories of the Alhambra ini turut mencuri perhatian khalayak dengan penampilannya yang sangat santai.

Penampilan Park Shin Hye yang turut mencuri perhatian orang awam yang berada di KLIA.

Dia memakai topeng muka, mengenakan kemeja longgar dan labuh dipadankan dengan skirt hitam dan hanya memakai sandle.

Gaya selamba Shin Hye membuatkan sebilangan orang awam di lapangan terbang tersebut tertanya-tanya siapkah gerangan wanita yang berjalan sambil diiringi beberapa pengawal keselamatan dan polis bantuan yang bertugas.

Aksi Shin Hye yang sempat menoleh ke arah kamera ketika dia baru hendak berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, pada petang tadi.

Sambil berjalan ke arah kenderaan yang menunggu di lobi, Shin Hye sempat melambaikan tangan ke arah peminat.

Esok, dia akan berada di pusat membeli belah Mid Valley bagi mempromosikan jenama produk kosmetik Korea, Mamonde.

Para peminat berpeluang bertemu dengan duta Mamonde yang cantik manis ini di ruang legar Center Court.

Acara dijadualkan akan bermula pukul 4 petang.

Memulakan karier sebagai pelakon sejak tahun 2003, Shin Hye juga telah meraih populariti menerus drama seperti You’re Beautiful (2009), The Heirs (2013), Pinocchio (2014–2015) dan Doctors (2016).

Mempunyai lebih sembilan juta pengikut Instagram, namanya disenaraikan di kedudukan ke-12 Selebriti Paling Berpengaruh oleh majalah Forbes Korea tahun 2017. – MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here