Diam-diam bertunang? – Foto berdua Afieq Shazwan dan Wani Kayrie timbulkan spekulasi

719

Tindakan dua bintang remaja, Afieq Shazwan dan Wani Kayrie memuat naik sekeping foto tanpa sebarang kapsyen pada laman Instagram mereka telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Melihat foto tersebut, kedua-dua penyanyi berkenaan duduk bersebelahan dan sekali imbas, gaya mereka seolah-olah pasangan yang baru mengikat tali pertunangan.

Apatah lagi, dekorasi dan latar belakang yang boleh dilihat dalam foto itu kelihatan seperti sebuah pelamin.

Foto yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat Afieq dan Wani.

Tidak hairanlah, ruangan komen Instagram kedua-dua artis itu dipenuhi pertanyaan serupa daripada para pengikut bagi mengetahui hal sebenar.

“Diam-diam bertunang? Betul ke ni?” tanya seorang individu inginkan kepastian.

“Eh, kenapa Afieq dan Wani muat naik gambar ini serentak? Ada apa-apa ke?” soal seorang lagi peminat yang musykil.

Namun, dalam lambakan soalan berhubung berita pertunangan yang digembar-gemburkan, turut dilihat ada komen yang berbaur pertikaian.

“Eleh, gimik je ni. Nak keluarkan lagu duet lah tu agaknya,” memetik komen ditulis seorang lelaki yang meramal strategi Afieq dan Wani.

Biarpun selepas berjam-jam, masih tiada seorang pun antara mereka memberikan jawapan balas terhadap spekulasi ditimbulkan, lantas membiarkan status foto itu kekal misteri. – MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here