Tiga Ciri Yang Ada Pada Syafiq Kyle Membuatkan Dirinya Disukai Mimi Lana

65

Pelakon Mimi Lana berkongsi ciri-ciri keistimewaan kekasih hati, pelakon  Syafiq Kyle yang selama ini menarik perhatiannya.

Hanya berkongsi mengenai keistimewaan Syafiq, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 23, tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungan mereka.

“He’s very supportive, dia juga seorang yang positif dan rajin bekerja,” jelas Mimi sambil tersipu malu.

Malah, pelakon tinggi lampai itu tidak ada sebarang masalah untuk digandingkan bersama kekasihnya untuk mana-mana filem atau drama akan datang.

“Kami tak ada isu tentang hal itu. Daripada dulu atau sekarang, sama je. Kerja adalah kerja dan dalam kerjaya sendiri kami perlu professional,” jelasnya lagi.

Mimi ditemui ketika menjadi tetamu Anugerah Stail EH! 2019 bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur pada Khamis.

Berniat mahu hubungan ini ke peringkat yang seterusnya, Mimi memohon semua peminat untuk mendoakan mereka.

“Insya-Allah, doakan yang baik-baik, Amin,” jelasnya sambil ketawa. 

Terdahulu, hubungan pasangan itu terdedah apabila mereka memuat naik sekeping foto mereka di laman Instagramnya.

Kini pasangan itu sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pusaka terbitan Astro Shaw yang akan berada di pawagam tahun 2020 nanti.

Menurut Syafiq Kyle pula dia tidak bersetuju mengenai sesetengah pendapat yang membayangkan ‘saham’ atau populariti seseorang artis itu akan memulai menurun sekiranya mereka secara terbuka mengakui sudah mempunyai kekasih hati.

Malah kongsinya, peminat juga terdiri daripada pelbagai sebab dan cara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ocean breeze puts a mind at ease 💙

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Rasanya saya punya peminat datang apabila saya mempersembahkan kualiti lakonan yang baik, mungkin ada juga yang minat kerana fizikal atau mungkin kerana selepas berlaku sesuatu yang sensasi terhadap diri saya. Mungkin sebab saya pun tak pasti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My one and only Tengkujuh isma in #bukancintaaku pukul 7 malam ni @tv3malaysia 💖

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Akan tetapi apa yang saya nampak, peminat yang masih setia dengan saya adalah mereka yang gemarkan lakonan saya. Merekalah yang yang masih ada dengan saya. Jadi pada saya mereka peminat yang berkualiti. Mereka boleh jadi peminat artis-artis lain juga,” katanya.

“Jadi rasanya mereka pun ada kualiti tersendiri. Misalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kenapa orang kata dia nombor satu, sebab dia ada kualiti dan begitu juga dengan para peminatnya.

“Lalu apa yang saya minta mereka lakukan ialah semoga mereka hargai saya punya kerja. Tetapi dari segi mereka untuk tahu perihal kisah peribadi, rasanya saya perlu juga berikan kerjasama dengan orang yang meminati saya,” terangnya lagi.

Syafiq berkata demikian sebagai menjelaskan perihal hubungannya sama pelakon yang kian meningkat naik namanya, Mimi Lana.

“Apa pun hanya setakat itulah yang saya boleh beritahu sebab rancangan seterusnya saya tidak tahu apa yang akan jadi.

“Saya pun taknak sorok-sorok, meski saya tak pernah pun sembunyikan. Cuma tidak pernah kongsi kisah peribadi saja. Malah kebanyakan pun sudah tahu saya lebih tiga empat tahun dengan dia. Tahun ini tahun yang keempat,” jelasnya.

Terdahulu, Syafiq ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Syafiq Kyle bersama kelab peminatnya, Skylovers di Damansara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here