[GAMBAR] Anak-Anak Iwan Raja Dangdut Semakin Popular Yang Ramai Tak Tahu!

360

 

Terdahulu admin pernah rangkumkan mengenai Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia dangdut. Sebaliknya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus kini beralih ke muzik nasyid.

Anak- Anak Penyambung Legasi

Meskipun begitu, siapa sangka anak-anak perempuannya kini menyambung legasi Iwan dan Allahyarham isterinya yang juga pelakon popular 80-an, Rosnah Mohd Noor. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus PutraWan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Anak – anak Iwan Dangdut

Kedua-dua anak perempuan Iwan, Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena(Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen

Sepupu Kepada Adik-Beradik Senrose Dan ‘The Maembong’

Untuk anda yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan ‘The Maembong‘ di mana ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka.

Tidak dinafikan keluarga besar ini antara nama yang mendominasi drama-drama terkini. Another The Kardashians mungkin?

Jangan heret ayah ke nerakaa,netizen nasihat Apreena Manrose

 

Zaman dulu, mesti ramai yang segar diingatan dengan Raja Dangdut yang eprnah menggamatkan dunia seni tanah air iaitu Iwan. Ketika itu, memang lagu dangdut tengah popular dan Iwan antara yang metup-letup namanya.

Kini semua dah berubah, dan Iwan kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan. Malah Iwan juga ada memberi ceramah tentang kesedaran dan pengalamannya berhijrah.

Dalam pada itu, ramai yang tak tahu, hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, Iwan telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Dua anak perempuan Iwan yang lebih dikenali sebagai Oktavia Manrose dan Apreena Manrose, kini menyambung legasi ibu bapanya sebagai anak seni di Malaysia. Kedua-duanya kini sedang menempa nama sebagai pelakon yang hebat.

Baru-baru ini, Aprena Manrose ada memuat naik gambar bersama bapanya, Iwan di Instagram. Bagaimanapun, gambar itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizn yang mengkr!tik penampilan Aprena Manrose yang tidak bertudung serta mewarnakan rambut sedangkan bapanya alim dan berserban.

Terus gambar itu mengundang pelbagai komen dari para netizn dan makcik bawang.

Ini antara komen pedas di laman IG Aprena Manrose:

“Kasihan Iwan kena heret dengan anak sendiri ke ner@aka sebab tak menjaga auratnya”

Biarpun ramai yang meng3cam, ada netizn berpendapat bahawa tiada salah untuk menegur, tetapi biarlah dengan cara lebih berhemah.

In pula komen peminat Aprena Manrose yang lain:

“Hendak menegur tak salah, tetapi ada cara lebih berhemah supaya tidak mengguris hati sesiapa,”

Apa-apa pun, sebagai peminat lebih baik kita doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber: Rotikaya / MHE TV

Selepas muncul dengan album Segalanya Allah pada 2011, Iwan Syahman, 53, kembali dengan album Rindu Allah Sayang Allah (RASA), memuatkan lagu lama nyanyiannya yang diberi nafas baru.

Iwan yang sinonim dengan genre dangdut sebelum ini akui takut kerana lagu ciptaannya dulu terlalu banyak melalaikan manusia terutama dalam mengingati Allah.

Malah dia sedar setiap lagu popularnya yang dimainkan di pusat karaoke dan kelab malam terutama pada waktu Maghrib dan Isyak, setiap dosa terhasil dia turut mendapat bahagiannya.

Katanya, selepas penghijrahannya, dia bertekad memberi nafas baru kepada lagu lamanya terutama daripada segi lirik dan susunan muzik.

“Lagu nyanyian dulu terlalu banyak memuja makhluk sehingga membuatkan saya pernah lalai pada agama.

“Ada peminat yang suka apabila saya lakukan perubahan ini, malah ada yang datang meminta maaf kepada saya kerana satu ketika dulu mereka pernah bersangka buruk dan mengutuk saya.

“Saya sudah lama memaafkan orang yang pernah berbuat salah kepada saya sama ada sedar atau tidak,” katanya.

Iwan atau Wan Syahman Wan Yunus kini menjalani kehidupan dengan tenang dan mahu mencari reda Allah. Kalau dulu daripada penyanyi dangdut yang sering bercerita mengenai cinta sesama makhluk serta mengajak peminat bergelek, kini dia mahu menjadi penyanyi dangdut yang menekankan mesej cinta Allah dan rasul dalam lirik.

Kata Iwan, perubahan dilakukan itu ada ceritanya yang tersendiri. Dulu dia diuji dengan pelbagai hal sehingga keluarganya pernah terabai. Perkahwinannya dengan Allahyarham Rosnah Mohd Noor menemui kegagalan manakala anaknya pernah terabai.

Iwan berkahwin dengan Rosnah pada 1987 dan mempunyai tiga anak, Wan Ramadha (lahir 1989), Wan Syamira Putri Octavia (1991) dan Wan Shahira (1993).

Kemudian Iwan berkahwin dengan Wan Rafidah Wan Abu Bakar pada 1988, tetapi tidak dikurniakan anak. Rosnah meninggal dunia pada 2013.

Dalam keadaan diri terumbang-ambing, Iwan selalu melepaskan tekanan di kelab malam dan sebagainya, tetapi akhirnya semua masalah itu tidak selesai.

“Sehinggalah Allah beri saya petunjuk satu demi satu dalam hidup dan saya mula sedar perlu kembali kepada-Nya. Selepas berhijrah secara penuh, saya akui kehidupan saya lebih tenang,” katanya.

Iwan berkahwin dengan Avie Suriyanti, 26, berasal dari kampungnya di Permatang Siantar, Medan, Sumatera Utara pada 20 Februari 2009 dan dikurniakan tiga anak, Sumayah, 6, Sofiyah, 2, dan Abiyah, 5 bulan. Isterinya juga banyak menyokong perubahan niat barunya untuk beralih ke muzik nasyid.

Selain bahagia dengan keluarga, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Memori Daun Pisang dan Yang Sedang Sedang Saja turut menyimpan hasrat untuk meluaskan aktiviti keagamaan yang diusahakannya.

Setakat ini, Iwan mengusahakan sekolah pondok Taman Tahfiz Darul Islah, Kisaran, Sumatera Utara. Selepas ini dia berhasrat menubuhkan sekolah pondok khas untuk Hafizah (penghafaz wanita) dan rumah untuk warga tua pula.

Untuk melakukan semua itu, Iwan memerlukan dana dan bersyukur sebab niat itu dipermudahkan Allah. Katanya, dia mempunyai prinsip sendiri terutama dalam menjayakan dakwah melalui lagu dan irama.

Selepas album Segalanya Allah pada 2011, Iwan kini tampil dengan album Rindu Allah Sayang Allah (RASA) yang menjengah pasaran sejak tujuh bulan lalu.

“Biarpun tanpa promosi besar-besaran atau jualan album tidak sehebat dulu, saya tetap yakin menjayakan dakwah melalui lagu dan irama.

“Selepas empat tahun, saya kurang pendedahan di media, tetapi tetap muncul dengan album. Saya ada cara tersendiri dalam mempromosi album, antaranya melalui program dari masjid ke masjid.

“Hasil daripada penjualan album, 60 peratus saya salurkan terus ke pondok tahfiz yang diusahakan di kampung saya. Syukur, sebab album pertama selepas berhijrah berjaya terjual hampir 11,000 unit,” katanya.

Selain penjualan album, Iwan turut bekerjasama dengan beberapa syarikat. Terbaru melalui agensi pelancongan KRK Travel & Tours yang menganjurkan Kembara Hijrah ke tujuh masjid di Beijing serta ke Inner Mongolia dan melakukan ziarah umrah.

Iwan bersetuju menyertai kembara bersama agensi pelancongan itu kerana hasil komisen diterima­nya disalurkan terus ke dana sekolah pondoknya.

Malah waktu sama, Iwan turut dapat bersama-sama peminat dan mereka yang menyertai pakej itu melawat ke masjid terkenal di Beijing serta menghayati penyebaran Islam di China.

“Saya anggap tawaran ini sebagai ketentuan Allah dan sekali gus urusan pondok berjalan lancar. Saya bersyukur sebab dalam masa sama, saya dapat tunaikan umrah.

“Saya juga berbincang dengan pihak agensi untuk kembangkan kembara hijrah terutama umrah kepada masyarakat Indonesia kerana pakej sedia ada di negara itu mahal berbanding di negara ini,” katanya yang sering berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia. hmetro

Sumber: layansudah / menujukebenaran.com

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here