“Good husband…”- Ayah Yan sedondon dengan anak, ramai komen ‘cute’

2287

Pada September lalu, Sufian Suhaimi yang juga diantara penyanyi popular mendedahkan tentang anak angkatnya yang dikenali sebagai Faeq dan ia membuatkan ramai peminat memuji tindakannya itu.

Bagaimanapun terbaru pula, sekeping foto dikongsikan Sufian atau turut mengelarkan dirinya buat anak sebagai Ayah Yan mendapat perhatian followers dilaman Instagram.

Sufian yang dilihat sedondon memakai baju warna yang sama membuatkan peminat tak keruan dengan meninggalkan pelbagai maklum balas buatnya.

Penyanyi berusia 27 tahun ini juga dikatakan comel apatah lagi ketika memegang anaknya  yang sentiasa membuatkan peminat Sufian suka.

Menerusi posting itu juga, Sufian turut bertindak ‘tag’ nama laman Instagram milik anaknya itu iaitu Baby Faeq dan foto yang sama dikongsikan juga mendapat perhatian.

Reaksi netizen

Untuk pengetahuan, Sufian juga salah seorang penyanyi yang akan melakukan persembahan di Semi Final Muzik-Muzik dengan menyampaikan lagu Mencuba.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Sufian Suhaimi via HCL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here