Nazrief Nazri selamat bergelar suami kepada model, rancang majlis nikah hanya sebulan

2149

PELAKON Nazrief Nazri selamat diijab kabul dengan suri hati pilihannya Aizatul Aqma dengan sekali lafaz kira-kira pukul 6 petang pada Jumaat.

Nazrief dan Aizatul Aqma disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

Pasangan ini diijab kabul pada Jumaat.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 28, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.

Pelakon drama Leftenan Zana itu menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima hantaran daripada pihak perempuan.

Sementara itu, Nazrief yang ditemui meluahkan rasa syukur apabila majlis berjalan lancar biarpun dirancang dalam masa yang singkat.

“Alhamdulillah… majlis berjalan lancar biarpun perancangan perkahwinan ini dibuat hanya sebulan lebih sahaja.

“Kami buat yang halal sahaja dulu, majlis resepsi belum ada perancangan lagi setakat ini,” ujarnya yang bakal berbulan madu di Bali, Indonesia.

Nazrief menghantar rombongan merisik pada 30 Jun 2018, namun mereka tidak mengikat tali pertunangan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here