Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa

360

Penyanyi Tajul Ariff kini bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak sulung mereka malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, 21, menerusi satu entri di Instagram miliknya hari ini.

“Yeay! Alhamdulillah anak daddy Adriana Carissa selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi jam 11.56 malam.

“Kita belanja gambar dia sedikit, Nanti dah besar baru boleh tunjuk muka dia okay,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu itu menerima banyak ucapan tahniah termasuklah dalam kalangan rakan artis.

Tajul mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.

Bagaimanapun, hal itu dirahsiakan selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum mengenai status dirinya pada bulan lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here