“Pertama Kali Inginku Menjejakkan Kaki” – Lufya Omar Bakal Tunai Umrah Bersama Anak

443

Pelakon Lufya Omar melahirkan rasa syukur apabila bakal mengerjakan ibadah umrah bersama anak perempuannya, Laana Haura pada awal tahun depan.

Menurut Lufya, ini merupakan kali pertama dia bakal menjejakkan kaki ke tanah suci.

“Wahai Allah, aku bersyukur kepada-Mu, kerana engkau telah menjemputku, menjadi tetamu Agung-Mu, walaupun aku sebenarnya tidak layak. Pertama kali inginku menjejakkan kaki ke rumah-Mu.

“Lufya baru mendapat berita yang sekarang ni wanita boleh mengerjakan umrah tanpa memerlukan mahram. Syukur Alhamdulillah.

“Awal tahun depan Lufya bersama Laana Haura akan mengerjakan umrah bersama @amwajtravel dan yang paling Lufya happy kerana kali ini Lufya akan berkongsi tentang penghijrahan,” tulisnya.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar mendedahkan tidak dapat bersama-sama keluarganya mengerjakan umrah pada bulan Ramadan lalu.

“Awal tahun ni ahli keluarga Lufya ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan. 

“Alangkah sedihnya Lufya tak dapat ikut bersama keluarga untuk pertama kali dalam hidup. 

“Allah is Great. Allah Maha Baik Dia gantikan dengan yang lebih baik,” tulisnya lagi.

Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini memasuki usia dua tahun.

Kisah perglakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Ada pihak mendkwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendkwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan mencera1kannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Hafiz menerima kcaman daripada netizen selepas didkwa tidak menghiraukan panggilan anaknya, Laana Haura di mahkamah.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemeIut rumah tangga mereka.

Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan c3rai mereka pada 16 Oktober lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here